Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Lapangan Terbang Changi uji AI periksa keselamatan bagasi kabin

Nov 27, 2023 | 03:24 PM



Penumpang yang terbang keluar dari Lapangan Terbang Changi boleh menjangka pengalaman lebih menyeronokkan pada masa depan.

Ini kerana pemeriksaan keselamatan bagi penumpang sedemikian dijangka sehingga 50 peratus lebih cepat, jika satu ujian mengesan secara automatik barang terlarang dalam bagasi kabin, berjaya dilaksanakan.

Kumpulan Lapangan Terbang Changi (CAG) sedang menguji satu sistem di Terminal 3 yang mengguna kecerdasan buatan (AI) dan mesin untuk mengimbas dan mentafsir imej daripada mesin X-ray yang digunakan untuk memeriksa bagasi kabin di pintu masuk.

Ini mengurangkan masa untuk memproses imej berkenaan dan risiko kesilapan manusia, kata pengendali lapangan terbang itu dalam laporan The Straits Times (ST).


Menurut CAG, keputusan awal ujian itu memberangsangkan, dengan sistem berkuasa AI baru menunjukkan prestasi sama baik, malah lebih baik daripada prestasi pegawai pemeriksa keselamatan dalam mengesan sebilangan barang terlarang.

Barang yang tidak dibenarkan disimpan dalam beg kabin termasuk bahan berbahaya seperti racun serangga, pemetik api rokok dan barang tajam seperti pisau poket.

CAG enggan memberi butiran lanjut mengenai ujian itu apabila ditanya, atas sebab keselamatan, kata ST.

Laporan di negara lain menyatakan mesin pengimbas beg boleh mengimbas imej X-ray sehingga lima kali lebih pantas dengan algoritma AI berbanding pengendali manusia.

Menurut majalah Airport World, pelbagai ujian algoritma sedemikian kini dijalankan di negara seperti China, Belanda dan Amerika Syarikat.


CAG berkata pembangunan dan ujian teknologi pemeriksaan keselamatan baru yang digelar Sistem Pengesanan Barangan Terlarang Automasi (Apids) dalam industri itu, masih di peringkat awal.

Ia kini hanya digunakan untuk membantu pegawai keselamatan di Lapangan Terbang Changi dengan mengesan barang yang dikenali sebagai satu ancaman.

Bagaimanapun, matlamat akhir adalah untuk meningkatkan tahap automasi agar pegawai keselamatan hanya perlu memeriksa secara manual beg yang dikesan sebagai berkemungkinan menimbulkan ancaman.

Ini sama dengan cara pemeriksaan keselamatan bagi bagasi daftar masuk pada masa ini.

“Sedang teknologi semakin matang, Changi akan memutuskan sama ada ingin mengembangkan penggunaannya di seluruh lapangan terbang,” kata CAG dalam e-majalah Changi Journeys keluaran November.


“Ini dijangka meningkatkan lagi kepantasan pemeriksaan sehingga 50 peratus dan membolehkan sumber tenaga kerja dioptimum dan disalur ke bahagian lain,” tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >