Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

LBKM agih lebih $32j dermasiswasepanjang 58 tahun

Sep 29, 2023 | 05:30 AM



Sejarah penubuhan Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM) tidak dapat dipisahkan daripada perayaan Maulid sempena bulan kelahiran Nabi Muhammad saw.


Pada Jun 1963, pemimpin masyarakat Melayu/Islam ketika itu giat berbincang tentang acara-acara yang ingin dianjurkan bagi memperingati kelahiran Nabi Muhammad saw. Almarhum Syed Ali Redha Alsagoff mencadangkan supaya masyarakat Islam menganjurkan kutipan dana sebagai salah satu acara sambutan Maulid.


Dana itu antara lain bertujuan disalurkan kepada para pelajar yang memerlukan bantuan kewangan bagi membiayai kos pendidikan mereka. Almarhum Syed Ali Redha Alsagoff menerangkan bahawa Islam menitikberatkan usaha untuk menimba ilmu. Membangunkan masyarakat yang berilmu dan berpendidikan lantas merupakan salah satu wadah terbaik bagi memperingati Nabi Muhammad saw.


Lantaran cadangan yang dikemukakan ini, usaha mengumpul dana untuk tujuan pendidikan bagi meraikan Maulid telah menjadi salah satu acara tahunan masyarakat Islam di Singapura.

Menurut Presiden LBKM, Dr Syed Harun Alhabsyi, sepanjang 58 tahun sejak LBKM ditubuhkan, lebih daripada $32,823,290 dana telah diagihkan bagi tujuan pendidikan.

“Seramai 37,000 individu daripada disiplin ilmu yang pelbagai, daripada pengajian Islam kepada bidang sains dan teknologi, sains kemasyarakatan, kejuruteraan, perubatan dan lain-lain lagi telah meraih manfaat menerusi dermasiswa, biasiswa, dan bantuan kewangan yang diagihkan LBKM.

“Antara penerima biasiswa LBKM yang kemudiannya menjadi tokoh-tokoh tersohor masyarakat termasuk Shaykh Syed Isa Semait, Mufti kedua Singapura; Profesor Madya Yaacob Ibrahim, mantan menteri Kabinet Singapura; Ustaz Dr Mohamed Fatris Bakaram, mantan Mufti; dan Encik Shafie Samsudin, CEO Siti Khadijah Group serta mantan CEO Carrefour Indonesia dan AEON Malaysia,” jelas Dr Syed Harun.

Dalam meneruskan khazanah keilmuan untuk membentuk masyarakat cemerlang, LBKM kini terus bergiat aktif mengumpul dana agar dapat menawarkan lebih banyak lagi bantuan kewangan untuk tujuan pendidikan.

Dr Syed Harun turut berkata sumbangan orang ramai akan disalurkan bagi beberapa tujuan seperti Dana Am LBKM, dermasiswa atas nama penderma dan biasiswa atas nama penderma.

Sumbangan orang ramai akan membantu Dana Am LBKM bagi membiayai operasi harian serta menyalurkan bantuan kewangan untuk tujuan pendidikan.

Dermasiswa pembelajaran pula akan menyokong para pelajar ke arah kecemerlangan akademik daripada peringkat rendah hingga possiswazah.

Biasiswa pembelajaran juga akan memberi sokongan kewangan kepada anggota masyarakat yang menuntut di universiti-universiti terkemuka di luar dan dalam negara. Biasiswa ini ditawarkan untuk pelajar peringkat sarjana muda dan possiswazah. Penderma mempunyai pilihan untuk memilih bidang pengajian yang ingin mereka sumbangkan.

Biasiswa serta dermasiswa yang telah LBKM tawarkan telah dimanfaatkan oleh penuntut ilmu daripada pelbagai institusi serata dunia termasuk universiti tersohor seperti Universiti Oxford, Cambridge dan Harvard, universiti terkemuka dunia Islam seperti Universiti Al-Azhar, Jordan, Universiti Al-Qarawiyyin, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), serta universiti tempatan seperti Universiti Nasional Singapura (NUS), Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Universiti Pengurusan Singapura (SMU), Institut Teknologi Singapura (SIT) dan Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS).

“Dalam kita memperingati kehidupan Rasulullah saw, marilah bersama kita menyumbang ke arah pendidikan umat dan semoga manfaatnya dapat kita raih bersama. Ramai antara penerima biasiswa LBKM telah mencapai kecemerlangan berprestij dan seterusnya, antara mereka, ada yang menjadi pemimpin masyarakat yang berwibawa lagi berpengaruh dalam masyarakat.


“Oleh itu, kami mengalu-alukan sumbangan masyarakat untuk terus menyokong kami dalam usaha melestarikan budaya ilmu yang dianjurkan Nabi Muhammad saw,” akhiri Dr Syed Harun Alhabsyi.


CARA MENDERMA KEPADA LEMBAGA BIASISWA KENANGAN MAULUD


1. Pemindahan wang melalui bank (DBS Autosave) ke nombor berikut iaitu 017-903045-5 atau PayNow kepada UEN S66SS0027A.

2. Layari https://www.giving.sg/lbkm untuk menderma.

3. Derma melalui cek yang disertakan nombor kad pengenalan dan telefon anda di belakang cek. Kemudian, hantarkan cek ke alamat 448 Changi Road, # 04-01 Wisma Indah, Singapura 419975.

4. Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut, sila layari laman rasmi LBKM melalui pautan http://lbkm.org.sg atau hubungi talian 6447-4770.

5. Untuk semua transaksi, sila isi borang sumbangan yang dilampirkan dan e-mel kepada enquiries@lbkm.org.sg /atau pos ke LBKM.

6. Sila hantar borang sumbangan untuk menerima potongan cukai. Semua sumbangan layak dikenakan potongan cukai sebanyak 2.5 kali ganda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >