Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Lebih 1,300 ditahan dalam operasi cegah jenayah serata negara

Dec 22, 2023 | 07:35 PM



Seramai 1,394 lelaki dan wanita disiasat atas pelbagai kesalahan selepas satu operasi penguatkuasaan selama sebulan di serata Singapura oleh polis dan pelbagai agensi pemerintah.

Operasi itu dilakukan semasa perayaan akhir tahun kini menjelang tiba.

Kesemua suspek itu, 885 lelaki dan 509 wanita berusia antara 15 dengan 77 tahun, kini disiasat atas pelbagai kesalahan, termasuk memberi khidmat seks di kedai urut, kegiatan dadah, perjudian haram dan penjualan suplemen haram untuk memperbaiki prestasi seks.

Polis menyasarkan daerah hiburan seperti Little India, Boat Quay, Geylang dan Chinatown, dan menjalankan pemeriksaan terhadap lebih 6,700 orang serta menahan 523 orang semasa serbuan antara 15 November dengan 18 Disember itu.

Polis berkata pada 22 Disember, lebih 1,900 anggota dan pegawai terlibat dalam lebih 630 serbuan yang dilakukan, menurut The Straits Times (ST).


Operasi bersepadu itu turut melibatkan Biro Narkotik Pusat (CNB), Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), Penguasa Sains Kesihatan (HSA), Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA), Kastam Singapura, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), Kementerian Tenaga Manusia (MOM), Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan Agensi Makanan Singapura (SFA).

Dalam satu siri serbuan di Little India, Boat Quay, Bugis dan Chinatown antara 20 dengan 25 November, seramai 146 wanita dan 36 lelaki ditahan bagi kesalahan seperti perjudian haram, kegiatan dadah dan pelanggaran Piagam Wanita.

Satu lagi operasi pada 5 Disember menyasarkan beberapa bangunan kosong di kawasan perindustrian Sungei Kadut, di mana polis menemui dadah terkawal yang disyaki, peralatan dadah dan pisau.

Operasi bersama melibatkan polis, ICA dan JTC Corporation itu merupakan sebahagian daripada usaha membanteras kegiatan jenayah di bangunan kosong, kata polis.

Satu serbuan di asrama pekerja asing di Tuas bertujuan mencegah kesalahan seperti pendatang haram dan kesalahan kastam, tambah polis.

Sebanyak 531 batang rokok seludup, dua rokok elektrik, atau e-vaporiser, dan satu paket tembakau kunyah turut dirampas dalam operasi itu.


Pengarah di jabatan operasi Pasukan Polis Singapura (SPF), Penolong Pesuruhjaya Kanan (SAC) Gregory Tan, berkata:


“Operasi selama empat minggu ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan polis untuk membanteras jenayah dan kegiatan haram, termasuk mereka yang memiliki senjata dengan tujuan mencederakan orang lain.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >