Berita Utama
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki dijel 9 tahun, dirotan 24 kali rogol adik perempuan

Tertuduh merupakan anak bongsu empat beradik lelaki; ketiga-tiga abangnya telah dikenakan hukuman lebih awal
Jul 3, 2024 | 5:04 PM
Anak bongsu empat beradik lelaki yang lakukan serangan seksual terhadap adik perempuan mereka selama sekurang-kurangnya tiga tahun, dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dan 24 sebatan pada 3 Julai 
Anak bongsu empat beradik lelaki yang lakukan serangan seksual terhadap adik perempuan mereka selama sekurang-kurangnya tiga tahun, dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dan 24 sebatan pada 3 Julai  - Foto ST

Anak bongsu daripada empat beradik lelaki yang melakukan serangan seksual terhadap adik perempuan mereka selama sekurang-kurangnya tiga tahun, dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dan 24 sebatan pada 3 Julai.

Menurut The Straits Times, remaja berusia 19 tahun itu mengaku bersalah atas dua pertuduhan merogol pada 12 Mac.

Dia berusia antara 13 dengan 16 tahun ketika itu dan merupakan adik lelaki terakhir dijatuhkan hukuman.

Pesalah yang mempunyai tiga abang dan tiga adik perempuan itu mengaku melakukan kesalahan itu terhadap mangsa sekurang-kurangnya tujuh kali.

Remaja itu berkata dia ketagih pornografi dan menyerang mangsa kerana dia tahu mangsa tidak akan melaporkan jenayahnya kepada sesiapa.

Mangsa yang kini berusia 14 tahun, berusia antara lapan dengan 12 tahun, didera oleh abang-abangnya dari 2018 hingga Februari 2022.

Abang-abangnya kini berusia antara 20 dengan 23 tahun.

Pada masa remaja itu mula mendera mangsa, dua abang lelakinya turut menyerang mangsa secara seksual sekurang-kurangnya satu kali sebelum ini.

Mahkamah diberitahu ibu bapa mereka telah menetapkan peraturan asas bahawa adik-beradik lelaki tidak boleh masuk ke dalam bilik perempuan.

Namun, remaja itu tetap masuk ke bilik budak perempuan itu untuk melakukan serangan seksual terhadap mangsa, walaupun kakaknya yang lain sedang tidur di dalam bilik yang sama.

Tertuduh juga menyerang mangsa secara seksual di dalam bilik ibu bapa mereka, serta di bilik budak lelaki.

Selepas setiap serangan, remaja itu akan menyuruh mangsa supaya merahsiakan perbuatannya itu.

Pada satu ketika pada 2021, ketika dia bersendirian di rumah dengan mangsa, dia memanggil mangsa ke dalam bilik lelaki dan merogolnya.

Pada Disember 2021, dia menyuruh mangsa melakukan seks oral ke atasnya dan kemudian merogolnya.

Pada 10 Feb 2022, mangsa yang ketika itu berada di Menengah 1, memberitahu pihak sekolah mengenai penderaan itu.

Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga telah dimaklumkan, dan laporan polis dibuat.

Ketika menjatuhkan hukuman itu, Hakim Mavis Chionh berkata pesalah tidak menggunakan kondom apabila dia menderanya, sekali gus mendedahkan mangsa kepada risiko kehamilan yang tidak diingini dan penyakit kelamin.

Mangsa juga mengalami trauma psikologi dan emosi.

Pada Mei, abang sulungnya telah dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan 24 sebatan manakala adik lelaki kedua dikenakan penjara 18 tahun dan 24 sebatan.

Pada Jun, adik lelaki ketiga dijatuhi hukuman menjalani latihan pemulihan akhlak sekurang-kurangnya 12 bulan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg