Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Letak 2 tin produk babi di pintu masjid: Lelaki dijel 12 minggu

Apr 04, 2024 | 01:49 PM



Seorang lelaki mencuri dua tin produk daging babi dari sebuah pasar raya sebelum meletakkannya di atas rak penghantaran makanan berhampiran pintu masuk utama Masjid Al-Ansar di Bedok.

Pada 4 April, penghantar makanan, Ian Poh, 30 tahun, dijatuhi hukuman penjara 12 minggu selepas dia mengaku bersalah atas satu pertuduhan bagi setiap kes mencuri dan melakukan perbuatan yang boleh menjejas keharmonian di sini.

Pihak pendakwaan berkata Poh tahu bahawa memakan daging babi diharamkan bagi umat Islam dan sedar perbuatannya akan menimbulkan kemarahan jemaah di masjid itu, lapor The Straits Times.


Poh, yang mempunyai sejarah menghidu gam serta mengambil sirap ubat batuk dan methamphetamine, didapati mengalami gangguan psikotik akibat bahan terlarang itu.


Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Cheah Wenjie berkata Poh tidak siuman ketika melakukan kesalahan itu.

Mahkamah diberitahu bahawa pada 15 Mei 2023, sekitar 9.45 malam, Poh mencuri dua tin produk babi bernilai $9.50 dari sebuah pasar raya di New Upper Changi Road.

Selepas itu, dia berbasikal ke masjid dan meletakkan kedua-dua tin di atas rak.

Keesokan harinya, jemaah yang pergi ke masjid untuk solat subuh sekitar 4.30 pagi “terkejut dan tersinggung, dan segera mengambil gambar dua tin daging babi itu, sebelum membuangnya ke dalam tong sampah berdekatan”, kata DPP Cheah.

“Mereka membangkitkan perkara itu kepada kakitangan (masjid), dan berita mengenai penemuan dua tin daging tersebut juga tersebar dalam kalangan jemaah.

“Mereka memaklumkan kepada kakitangan masjid bahawa mereka tersinggung dan dihina, dan ini adalah tindakan tidak sensitif yang dilakukan di tempat ibadat orang Islam,” tambah DPP Cheah.

Polis telah dimaklumkan dan pegawai menahan Poh pada 17 Mei 2023.

Dia kemudian direman di Institut Kesihatan Mental dan seorang doktor di sana menyatakan dalam laporan bahawa Poh mengalami episod psikiatri pada Jun 2021 dan April 2022.

Poh dilaporkan antara lain mendengar suara yang menyuruhnya membunuh diri.

Doktor juga mendapati bahawa gejalanya itu telah menyumbang kepada kesalahan yang dilakukan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >