Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

LTA sangkal dakwaan peranti ERP baru tidak penuhi piawaian sejagat

May 14, 2024 | 05:37 PM



Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) telah menafikan dakwaan bahawa peranti dalam kenderaan, atau On-Board Unit (OBU), untuk Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) generasi akan datang atau ERP 2.0, gagal memenuhi piawaian antarabangsa.


Dalam kenyataan pada 14 Mei, LTA berkata OBU memenuhi penanda aras sejagat yang berkaitan untuk peranti elektronik dan apabila dipasang dengan betul, ia selamat dan boleh dipercayai dalam persekitaran operasi Singapura.

Menjawab komen dalam talian, LTA menyatakan bahawa OBU telah diuji terhadap piawaian IEC-60068 dan IEC-60529 Suruhanjaya Elektroteknik Antarabangsa, yang digunakan secara meluas untuk menilai keandalan operasi peranti elektronik, lapor The Straits Times.


IEC-60068 ialah kaedah ujian alam sekitar bagi peralatan elektronik, manakala IEC-60529 menilai rintangan peranti elektronik terhadap masalah kemasukan habuk dan cecair.

OBU lulus pelbagai ujian, termasuk ujian suhu dan kelembapan, tegas LTA.

Penguasa itu mengulangi jawapan di Parlimen oleh Menteri Pengangkutan, Encik Chee Hong Tat, menyusuli soalan Anggota Parlimen (AP) Parti Pekerja (WP), Encik Louis Chua, pada 8 Mei mengenai sama ada OBU memenuhi piawaian minimum keperluan Majlis Elektronik Automotif Q100 (AEC-Q100) untuk operasi yang boleh dipercayai dalam iklim Singapura.

Dalam jawapannya, Encik Chee berkata satu siri ujian telah dilakukan ke atas unit itu bagi memastikan keandalannya untuk digunakan dalam keadaan cuaca Singapura.

Di samping itu, ujian tersebut turut memastikan ia tidak akan menimbulkan risiko keselamatan semasa kemalangan.

LTA selanjutnya menjelaskan bahawa AEC-Q100 bukanlah standard yang betul untuk menilai peranti elektronik seperti OBU, kerana ia adalah standard teknikal untuk mengukur litar bersepadu berpakej yang digunakan dalam kenderaan, seperti cip dalam sistem hiburan dalam kereta.

AEC-Q100 tertumpu pada mutu bahagian individu dan tidak dimaksudkan untuk peranti yang terdiri daripada komponen yang banyak, tambah LTA.

OBU terdiri daripada unit pemprosesan, antena dan paparan skrin sentuh.

Unit pemprosesan berbeza daripada peranti seperti unit dalam kenderaan ERP sedia ada dan kamera papan pemuka (dashcam), atau antena OBU dan paparan skrin sentuh, yang sama ada pasif atau tidak mempunyai fungsi pengkomputeran yang sama seperti unit pemprosesan.

Menurut LTA, perbandingan yang lebih relevan dengan unit pemprosesan ialah telefon pintar, yang berfungsi sama seperti komputer mini.

LTA berkata telefon pintar boleh menjadi terlalu panas dan berhenti berfungsi buat sementara waktu jika ia dibiarkan dalam pemegang berhampiran papan pemuka kereta selama beberapa jam di bawah terik matahari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >