KUALA LUMPUR: Satu pelan yang disarankan Perdana Menteri sementara, Tun Dr Mahathir Mohamad, untuk membentuk kerajaan perpaduan merentas jurang politik mendapat sambutan hambar daripada Pakatan Harapan (PH) serta pihak lawannya, Umno dan Parti Islam SeMalaysia (PAS).
Tun Dr Mahathir mencadangkan idea itu kepada pemimpin politik utama Malaysia pagi Selasa (25 Februari), sehari selepas kejatuhannya sebagai perdana menteri dan kejatuhan kerajaan PH.
"Ideanya adalah untuk melangkah jauh daripada politik perkauman dan keagamaan yang melampau dan mencuba politik perpaduan negara," kata seorang sumber yang rapat dengan perbincangan itu kepada akhbar The Straits Times.
Tetapi pelan itu dikritik sedang permusuhan politik lama masih membelenggu.
Sumber yang hadir di mesyuarat majlis presiden PH pada hari Selasa berkata, anggota PH Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara tidak akan menyertai kerajaan perpaduan dengan Umno dan PAS di dalamnya.
Sementara itu, parti-parti Melayu/Islam terbesar di Malaysia, Umno dan PAS, berkata mereka enggan berkerjasama dengan DAP, yang mereka tuduh sebagai anti-Melayu dan anti-Islam.
"Sekiranya kerajaan perpaduan menyertai DAP, kami sebulat suara tidak akan menyertai kerajaan," kata Setiausaha Agung Umno, Annuar Musa pada Selasa.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg