Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Malaysia akan perkenal model perumahan awam baru, kata menteri

Mar 08, 2024 | 04:53 PM



HONGKONG: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan memperkenalkan model baru perumahan awam di Malaysia dinamakan Program Residensi Rakyat (PRR), kata Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Encik Nga Kor Ming.

Kata Encik Nga, PRR akan disepadukan dengan baik, mampan dan mampu didiami, menampung daya maju komersial yang berkualiti, ruang hijau, pusat komuniti dan ciri-ciri lain.

Kos pembinaan setiap unit PRR pula akan dinaikkan kepada RM300,000 (S$85,000), sekali gus menawarkan golongan berpendapatan rendah rumah bermutu dengan bayaran harga berperingkat.

Di bawah PRR baru, seunit berharga RM300,000 akan dijual pada harga RM60,000.

Daripada RM60,000 itu, kira-kira RM10,000 hingga RM15,000 akan diperuntukkan untuk dana penyenggaraan dan dana terikat.

“Akan ada juga larangan di mana selama 10 tahun, anda tidak boleh menjual unit PRR, kerana kami tidak mahu ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan ke atas perumahan sosial kerana ini adalah keistimewaan untuk anda diberikan subsidi yang besar,” katanya kepada pemberita ketika mengadakan Lawatan Sambil Belajar Pemimpin Hartanah Asia (AREL) Hongkong dan Shenzhen, edisi China.

Lawatan sambil belajar itu dimulakan oleh Institut Rehda, cabang penyelidikan dan latihan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda) Malaysia, dengan lebih 50 delegasi melawat banyak tapak unik, meliputi pembangunan semula bandar dan dasar perumahan awam dan undang-undang strata.

Perwakilan terdiri daripada pelbagai pihak berkepentingan termasuk arkitek, juru ukur, penilai, penyelidik, pemaju, perancang bandar, peguam, bank dan pihak berkuasa kerajaan.

Saiz minimum untuk PRR ialah 750 kaki persegi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik mandi.

Encik Nga berkata kementeriannya juga akan menekankan kesalinghubungan melalui pembangunan berorientasikan transit (TOD), yang dijangka mengurangkan bilangan kenderaan dan tempat letak kereta.

PPR juga akan disepadukan dengan bangunan hijau, menjadikannya 30 peratus lebih rendah dalam kos tenaga berbanding bangunan standard.

“Kami berharap untuk mendapatkan belanjawan tambahan. Berbanding dengan HDB Singapura yang mempunyai bajet tahunan S$30 bilion, PPR Malaysia hanya mendapat RM550 juta, ia terlalu kecil,” katanya.

Sementara itu, Nga turut menggesa pemaju terutama anggota Rehda dan institusi kewangan supaya membantu kerajaan dalam membangunkan bangunan-bangunan lama di Malaysia terutama yang dikategorikan sebagai tidak selamat.

Beliau berkata penanda aras piawaian kejuruteraan yang biasa untuk jangka hayat sesebuah bangunan adalah secara purata 70 tahun. - The Star Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >