Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Masjid Angullia dikenal pasti sebagai Masjid Pembangunan Sosial bagi membantu keluarga kurang berkemampuan

Nov 13, 2022 | 07:07 PM



Masjid Angullia merupakan masjid ke-34 di sini yang telah dikenal pasti sebagai Masjid Pembangunan Sosial untuk menawarkan bantuan kewangan zakat Muis serta skim bantuan negara lain bagi membantu keluarga Muslim berdekatan masjid tersebut.



Ini bermakna masjid itu akan dilengkapi dengan pegawai masjid khas yang akan mendekati keluarga Muslim yang mempunyai masalah kewangan selain mengagihkan bantuan kewangan di bawah Bantuan Kewangan Zakat Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).



Dalam satu kenyataan, Muis berkata konsep desentralisasi bagi khidmat pembangunan sosial bertujuan untuk meningkatkan akses kepada lebih ramai orang sebagai sebahagian daripada usaha bersama Muis untuk mempertingkat kehidupan keluarga Muslim yang kurang berkemampuan.



Anggota Parlimen GRC Jalan Besar, Encik Wan Rizal yang hadir untuk melancarkan inisiatif masjid itu telah mengagihkan pek barangan makanan kepada 15 penerima zakat.



Semasa acara itu juga, Masjid Angullia turut melancarkan Khidmat Masyarakat di Masjid Angullia agar dapat berkhidmat dengan lebih baik kepada masyarakat di kawasan tersebut.



Khidmat Masyarakat itu akan menawarkan keperluan seharian seperti barang makanan kepada kedua-dua penerima zakat dan masyarakat secara meluas.



Inisiatif tambahan ini menggesa orang ramai yang ingin menyumbang kembali kepada masyarakat sama ada menerusi wang tunai atau barang makanan yang akan dikendalikan pihak masjid.



Superintenden Daerah Masjid, Daerah Selatan, Encik Hafzi Rashid berkata sebagai masjid pembangunan sosial, Masjid Angullia juga akan memulakan satu pantri masyarakat yang akan bermula tahun depan.



Pantri masyarakat itu akan dikekalkan melalui dana fidyah, rangkaian sosial masjid dan derma aktif orang awam.



“Menerusi inisiatif ini, Masjid Angullia berharap untuk meluaskan lagi peranannya dalam menyokong lebih ramai individu dan keluarga yang memerlukan,” katanya.



Sejauh ini, terdapat empat pantri masyarakat di seluruh negara dan Masjid Angullia merupakan masjid pertama di daerah selatan untuk menawarkan khidmat tersebut.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >