Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

AALIYAH’S PTE LTD

Menegakkan syiar korban di tanah air sendiri

May 26, 2023 | 05:30 AM



DALAM masyarakat Muslim, syiar Islam berdiri tegak sebagai lambang wujudnya Islam dan pengabdian orang Islam kepada Khaliqnya (Yang Mencipta).

Perintah Allah bahawa “barang siapa mengagungkan syiar-syiar Allah, maka sesungguhnya hal itu timbul daripada ketakwaan hati”. (Surah Al-Hajj, ayat 32).

Ini menjadi pendorong bagi syarikat Aaliyah’s Pte Ltd mengadakan ibadah korban setempat, walaupun menghadapi cabaran yang pelbagai.

Pada tahun 2023 ini, buat tahun ketiga berturut-turut, Aaliyah’s Pte Ltd akan menawarkan khidmat ibadah korban setempat, dengan penyembelihan akan dilakukan di Masjid Petempatan Melayu Sembawang di Sembawang dan Masjid Al-Firdaus di Choa Chu Kang .

Aaliyah’s Pte Ltd ialah syarikat perdagangan yang berpengalaman dalam perdagangan kambing dan kambing biri-biri meliputi Singapura, Malaysia, Indonesia dan Australia.

Semasa tempoh pandemik Covid-19, syarikat ini telah menjalankan ibadah korban setempat di Hay Dairies Farm pada 2021 dan di Persatuan Arab, Al Wehdah, pada 2022.

Mengulas tentang tawaran khidmat ibadah korban setempat, pengasas Aaliyah’s Pte Ltd, Encik Rafee Eunos, berkata:

“Tujuan utama kami ialah untuk menghidupkan syiar korban di tanah air sendiri, dengan sohibul korban dapat memilih, menempah, membela, membelai, memberi makan dan akhirnya menyaksikan sendiri proses penyembelihan.”

“Ini membawa pengertian yang bermakna tentang ibadah korban iaitu melepaskan sesuatu yang kita sayang, dan kemudian berkongsi dengan mereka yang memerlukan.”

Bagi sesiapa yang berminat, mereka mempunyai dua pilihan pakej; iaitu pakej kambing ternakan Hay Dairies Farm di Singapura dan pakej kambing biri-biri dari Australia.

Pakej kambing ternakan Hay Dairies Farm merupakan kambing premium jenis Nubian Amerika seberat 65 kilogram hingga 90 kilogram. Kambing ini diternak di ladang Hay Dairies Farm di Lim Chu Kang. Hanya 180 ekor kambing ini disediakan buat khidmat ibadah korban setempat.

Pakej kedua ialah pakej kambing biri-biri seberat 40 kilogram hingga 42 kilogram dari Australia. Sebanyak 1,200 ekor disediakan untuk ibadah korban setempat tahun ini.

Khidmat ibadah korban setempat ini merupakan suatu usaha kerjasama Aaliyah’s Pte Ltd dengan KhidmahSG Pte Ltd dan Alta Food and Agriculture Pte Ltd.

Tempahan untuk pakej-pakej ini boleh dibuat melalui laman https://local.qurban.sg, atau dengan menghubungi talian 9118-3997 (Ustaz Uwais) dan 9834-0568 (Ustazah Amirah).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >