Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

MASJID JAMAE (CHULIA)

Misi sosial relawan muda permudah jemaah beribadah

Nov 26, 2023 | 05:30 AM



Perjalanan kerja kemasyarakatannya bersama Masjid Jamae (Chulia) bermula dari awal 2020, dan teguh hingga ke hari ini.

Encik Mohamed Jafaran Khan Mohamed Jalaludeen, 26 tahun, berkata kerja sukarela itu memberikan dirinya kepuasan yang mendalam selain dapat membantu warga memerlukan, khususnya penerima zakat yang tinggal di persekitaran kawasan masjid.

Bukan itu sahaja, bagi dirinya, menjadi relawan masjid juga membentuk jati dirinya agar lebih mensyukuri kehidupan serta menjadi insan yang lebih empati terhadap kesulitan yang tempuhi warga yang memerlukan.

Antara tugasan Encik Mohamed Jafaran adalah mengunjungi rumah warga senja dan bertanya khabar,

Beliau turut membantu mengagih barangan keperluan dapur seperti beras, gula, minyak masak dan barangan lain, setiap bulan.

“Saya memulakan perjalanan menjadi sukarela cabang belia bersama Masjid Jamae (Chulia) sejak Februari 2020 hingga ke hari ini.

“Kebetulan pada masa itu, Pegawai Pembangunan Sosial (SDO) di masjid tersebut, Encik Haniff Sultan, mendekati saya dan rakan-rakan lain untuk membantu dalam program ‘Befriender’, atau Pendamping, dengan kami membantu warga emas yang memerlukan sokongan moral.

“Alhamdulillah, kami memang gembira dengan pelawaan tersebut dan sudah tentu kami juga mempunyai keinginan yang kuat untuk membantu mereka yang memerlukan, agar mutu kehidupan mereka terus terjaga dan bertambah baik.

“ Selain itu, saya juga turut menolong menghasilkan poster-poster bagi pihak masjid,” jelas lulusan Sarjana Muda Komputer (Keselamatan Siber) dari Universiti Wollongong, Australia, dan Institut Pengurusan Singapura (SIM).

Encik Mohamed Jafaran turut menambah, untuk menjadi relawan yang berjaya, seseorang itu juga perlu melakukan ‘pengorbanan’ kecil dan bijak mengimbangi masa.

“Bagi saya, antara cabaran yang perlu saya dan rakan-rakan lain hadapi adalah keseimbangan dalam mencari masa. Ini disebabkan pada waktu itu, kami masih lagi menuntut di universiti dan banyak kegiatan dan tugasan sekolah yang perlu kami diselesaikan terlebih dahulu.

“Namun begitu, masa yang saya luangkan dengan kerja sukarela bersama masjid ini cukup memperkaya kehidupan saya, dan saya juga berpeluang mempelajari kehidupan yang berbeza daripada setiap keluarga yang kami ziarahi,” kata pemuda yang masih bujang ini.

GEMBIRA DENGAN KERJA
NAIK TARAF MASJID

Encik Mohamed Jafaran turut memberitahu Berita Harian (BH), kerja peningkatan yang dijalankan di Masjid Jamae (Chulia) telah memberikan keceriaan dan sudah tentu menawarkan jemaah dengan persekitaran yang lebih kondusif untuk beribadah di masjid tersebut.


Kemudahan bagi warga tua juga tidak dilupakan dan pihak masjid telah membina tanjakan, atau ramp. Ini memberi kemudahan kepada jemaah yang datang dengan berkerusi roda atau alat pergerakan peribadi (PMD).


Selain itu, penambahan bilik darjah juga amat dialu-alukan, kerana ini mampu menambah lagi jumlah pelajar madrasah mingguan di sana.

Beliau turut menerangkan, meskipun kerja-kerja di masjid itu hampir siap sepenuhnya, namun mereka masih lagi kekurangan dana yang diperlukan.

“Kerja pengubahsuaian di masjid ini sememangnya telah dilihat memberi kesan yang ketara dan positif kepada Masjid Jamae (Chulia).

“Daripada pengecatan semula, pemasangan alat hawa dingin, tempat wuduk yang lebih teratur, penukaran jubin sehinggalah kepada kemudahan baru dengan mereka telah membina bilik darjah baru, dan ini semua telah menambah keceriaan kepada jemaah dan pihak masjid sendiri.

“Masjid ini juga kini menjadi lebih ‘mesra’ bagi warga tua yang berkerusi roda atau PMD untuk ke sini.

“Saya juga mengharapkan orang ramai akan terus menyokong dan menderma kepada masjid yang berusia hampir 200 tahun, yang telah juga diwartakan sebagai Monumen Negara agar terus berbakti dan beroperasi kepada masyarakat Islam umumnya,” ujarnya.

HULUR SUMBANGAN


Untuk menghulur sumbangan ikhlas anda kepada Masjid Jamae (Chulia):

1. Hantarkan cek atas nama Masjid Jamae (Chulia) dan poskan ke alamat 218, South Bridge Road, Singapura 058767.

2. Derma langsung di pejabat masjid. Hubungi talian 6221-4165 atau WhatsApp ke talian 9297-4192. Sila buat janji temu sebelum datang ke masjid.

3. Pemindahan bank ke dalam akaun semasa OCBC 517-070041-002.

4. Imbas kod QR kod yang tertera untuk memberikan sumbangan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >