Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

MSR INTERIOR DESIGN

MSR realisasikan rumah idaman dengan cemerlang

Jan 12, 2024 | 05:30 AM



Hasil kerja yang memuaskan dan profesional dengan harga berpatutan telah menambat hati dua pelanggan yang memuji kemampuan syarikat ubah suai, MSR Interior Design, merealisasikan rumah idaman mereka.

Suri rumah Cik Siti Fadzilah Nahim, 50 tahun, mendapatkan khidmat MSR Interior Design untuk mengubah elok rumah yang telah diduduki selama 20 tahun di Senja Road, yang terletak di kawasan Bukit Panjang. Rumah jualan semula empat bilik ini telah diubah elok tandas, dapur, ruang tamu dan ruang makannya.

“Kami kenal MSR daripada platform media sosialnya. Bermula daripada pertanyaan di Facebook untuk buat janji temu, sehinggalah kami dilayan dengan mesra di bilik pameran mereka,” jelas Cik Siti Fadzilah yang sebelum ini telah cuba mendapat harga daripada lebih kurang lima syarikat ubah elok lain.

Perbincangan dengan pengurus projek mereka bermula dengan senarai kerja ubah elok yang diinginkan seperti konsep reka bentuk serta citarasa yang diingini serta harga yang disenaraikan (quotation).


Kata Cik Siti Fadzilah: “la (turut) bermula dengan pemilihan barangan atau bahan sebelum tempoh ubah elok bermula, dan ia memainkan peranan agar kami sebagai pelanggan dapat menepati bajet kami dan tahu jangkaan harga pasaran sebenar. Selama lebih kurang lapan minggu, segala kerja ubah elok dipantau dan dikemas kini di ‘group chat’ kami.”

Beliau juga berpuas hati apabila pengurus projek mereka sentiasa bertindak cepat untuk memperbetulkan segala masalah yang timbul.

“Komunikasi terbuka kami antara satu sama lain amat saya alukan. la memainkan peranan dengan cukup berkesan, saya juga beri keterangan melalui lakaran lukisan supaya beliau lebih memahami secara visual dan secara keseluruhannya proses ubah elok ini lebih lancar. Apa yang kami inginkan sama ada daripada bentuk rekaan ataupun seni bina boleh dilaksanakan bersesuaian dengan keinginan serta bajet kami,” ujarnya dan menambah syarikat ini juga ada khidmat jaminan selama setahun selepas kerja ubah elok berakhir.

Seorang lagi pelanggan MSR yang mengongsi pengalamannya ialah Cik Nadia Jasni, seorang eksekutif sumber manusia, yang mengubah elok rumah Bina Ikut Tempahan (BTO) lima biliknya di Sengkang. Beliau mengatakan bahawa tiada kos tersembunyi dan segala-galanya disusun daripada awal dengan teliti.

Cik Nadia juga memuji komunikasi yang baik antaranya dengan pengurus projek yang terbuka dengan idea beliau dan pada masa yang sama memberi nasihat tentang apa yang tidak boleh diteruskan dan menerangkan alasannya.

“Saya kerap mendapat makumat yang dikemaskini. Semua yang boleh dilakukan dengan cepat dapat diselesaikan. Pengurus projek saya menerangkan keseluruhan proses dengan jelas dan apa yang dijangkakan selepas setiap langkah,” kongsinya.

Pemilik MSR Interior Design, Encik Muhammad Syahiran Rohajat, 35 tahun, mengakui bahawa khidmat pelanggan adalah nadi kejayaan MSR Interior Design dalam industri reka bentuk dalaman selama sedekad yang lalu, setelah menyediakan khidmat kepada lebih 1,000 pelanggan.

“Komitmen kami yang tidak berbelah bahagi adalah demi mengutamakan kepuasan pelanggan, berusaha untuk menjadi pilihan utama masyarakat kerana di MSR setiap pengalaman pelanggan adalah bukti legasi kecemerlangan 10 tahun kami,” kongsi Encik Muhammad Syahiran yang mempercayai setiap projek harus unik dan dimampui pelanggan.

Jika anda berminat untuk mendapatkan konsultasi MSR, anda boleh ke bilik pameran MSR Interior Design di 530 Bedok North Street 3 #01-628 Singapura 460530.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >