Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Tanam konsep serampang tiga mata
main peranan penting dalam kejayaan pelajar

Mudirah Al-Ma’arif bentuk tenaga pengajar berdaya tahan

Dec 01, 2023 | 05:30 AM



Beliau yakin kejayaan seseorang pelajar bergantung pada tiga faktor utama – pendidik, pelajar dan ibu bapa pelajar.

Jika pendekatan serampang tiga mata ini dapat dilaksanakan, disokong dengan persekitaran pembelajaran yang positif dan selesa, bilik darjah yang diselenggarakan dengan baik, kemudahan yang sesuai, dan budaya sekolah yang menyokong dan menggalakkan rasa ingin tahu serta penglibatan yang aktif, Cik Maisarah Kasim yakin ia dapat menyumbang kepada kejayaan seseorang pelajar.

“Jika guru berdaya tahan, pelajar juga berdaya tahan tetapi ibu bapa mereka tidak berdaya tahan, ia tidak akan menjadi. Ini kerana kerapian kurikulum, penglibatan aktif ibu bapa dalam perjalanan pendidikan anak-anak mereka dan sokongan untuk pembelajaran di rumah menyumbang kepada kejayaan seseorang pelajar,” jelas pengetua, atau mudirah, Madrasah Al-Ma’arif Al-Islamiah itu.

Cik Maisarah, 51 tahun, mula mengambil alih jawatan mudirah Madrasah Al-Ma’arif Al-Islamiah sejak tahun lalu. Beliau mula bertugas di Madrasah Al-Ma’arif sebagai guru sebelum dinaikkan pangkat sehingga menyandang jawatan mudirah di madrasah yang hanya menerima pelajar perempuan itu.

Cik Maisarah berpendapat, perjalanan sebagai seorang pendidik di madrasah agak mencabar dan ia memerlukan banyak penyesuaian dan daya tahan.

Katanya, pendidik madrasah meningkatkan dan memperbaiki diri dengan sokongan daripada persekitaran dalam sistem madrasah sendiri.

“Ini mungkin berbeza berbanding dengan guru-guru di sekolah nasional yang ada banyak sumber dan peluang menjalani latihan untuk mempertingkat diri,” jelasnya lagi.

Cik Maisarah percaya penting bagi tenaga pengajar dan kepimpinan madrasah sentiasa meningkatkan diri kerana bidang pendidikan sangat dinamik.

Menurutnya lagi, dengan sentiasa melibatkan diri dalam pembelajaran berlanjutan, tenaga pengajar dan kepimpinan madrasah sedang menunjukkan contoh yang positif kepada pelajar mereka.

“Ia memupuk budaya pembelajaran sepanjang hayat dan menggalakkan pelajar agar menghargai pendidikan sebagai satu proses berpanjangan dan bukan sebagai acara sekali seumur hidup. Saya juga percaya proses meningkatkan diri secara berterusan selaras dengan ajaran Nabi Muhammad saw yang menganjurkan kita mencari ilmu daripada kita dilahirkan sehingga kita tutup mata,” kata Cik Maisarah.


Bukan sekadar omongan kosong, Cik Maisarah sendiri kini sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dalam bidang pendidikan di Universiti Birmingham City.

“Islam mengajar kita untuk mencari ilmu dan berkongsi ilmu itu supaya ia dapat memberi manfaat kepada orang lain. Meraih dan memperhalusi ilmu dalam kemahiran khusus seperti komunikasi dan kepimpinan akan membantu kita memupuk pemikiran kritikal, kemahiran menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Ini semua akan menyumbang kepada pembangunan profesional kita dan pertubuhan yang kita sertai,” jelasnya.

Sebagai salah seorang pemimpin madrasah, Cik Maisarah melihat tanggungjawab pemimpin madrasah melangkaui pertumbuhan akademik dan merangkumi pembangunan holistik pelajar dalam aspek Islam. Beliau berpendapat tanggungjawab ini jauh lebih besar.

Setelah lebih dua dekad dalam bidang pendidikan madrasah, Cik Maisarah berkongsi bahawa beliau meraih kepuasan apabila melihat bekas pelajar madrasah kembali menyumbang semula kepada masyarakat madrasah.

“Saya ada guru-guru di sini yang merupakan bekas pelajar-pelajar saya ketika sekolah rendah (di madrasah). Saya lihat mereka berkembang daripada sekolah rendah, ke sekolah menengah, prauniversiti di Al-Ma’arif dan ke Universiti Azhar dan kemudian mereka kembali ke sini sebagai pengajar. Saya lihat mereka bekerja dengan saya sekarang sebagai rakan sekerja.

“Saya lihat daya tahan mereka dan keupayaan mereka menyesuaikan diri dahulu sebagai pelajar. Dan kini sebagai pengajar, bagaimana mereka hormat guru-guru mereka dan bagaimana mereka bersikap empati dalam mendidik generasi baru, saya rasa itu adalah kepuasan. Di situlah saya nampak kejayaan sistem madrasah,” tambah Cik Maisarah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >