Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

NUR INSAN

Pakej korban di 12 negara, wakaf dan sedekah sempena Aidiladha

May 26, 2023 | 05:31 AM



PERTUBUHAN Nur Insan memperkenal pakej korban 3-dalam-1 bagi menggandakan kemudahan beribadah pada musim Hari Raya Aidiladha.

Dengan menempah pakej menarik ini, masyarakat Islam bukan sahaja dapat menunaikan ibadah korban, bahkan mereka juga dapat berwakaf dan bersedekah kepada golongan yang kurang bernasib baik.

Naib Presiden Nur Insan, Encik Muhammad Hilmi Abdul Wahid, berkata Nur Insan terus mendapat kepercayaan orang ramai untuk menguruskan pakej ibadah korban bagi tahun ke-7 ini, sebagai satu ruang melakukan amalan yang dituntut agama Islam.

Beliau menambah:

“Melalui pakej 3-dalam-1, kami menawarkan pakej ibadah korban, wakaf untuk madrasah percuma Nur Insan dan pengagihan makanan kepada keluarga yang memerlukan di negara-negara terpilih termasuk di Singapura.

“Pada tahun 2023 ini kami akan laksanakan pakej korban di 12 negara dan tempat seperti Lombok, Medan, Makkah, Tareem (Yaman), Malawi, Bangladesh, Uganda, Kenya, Tanzania, India, Kemboja dan Australia.

“Kami juga ada pakej daging korban yang disembelih di Australia dan diterbangkan ke Singapura. Daging korban tersebut akan dihantar ke Singapura selepas dua minggu Hari Raya Haji melalui projek ‘Qurban Charity Ride’. Melalui projek ini, pengagihan daging akan disumbang kepada lebih 100 keluarga yang memerlukan.


“Kami mempunyai empat set kategori. Pertama, kami sediakan Set A yang berharga $199 untuk negara terbuka, dengan pihak Nur Insan akan tetapkan negara yang lebih memerlukan. Ia untuk satu ekor kambing atau satu bahagian lembu. 

“Bagi Set B pula, ia untuk kambing sahaja, Set C untuk lembu sahaja, set D untuk unta sahaja dan Set E untuk korban di Australia serta dagingnya diterbangkan ke Singapura.”

Sebagai penghargaan, pihak Nur Insan turut menyediakan e-resit, e-sijil, e-laporan serta gambar melalui e-mel kepada para peserta yang menempah pakej yang berkonsepkan kebajikan ini. Bagaimanapun, terdapat beberapa negara tidak dapat memberikan gambar kerana ia bukan kebiasaan mereka untuk mengambil gambar sewaktu ibadah korban dilaksanakan.”

Untuk akikah pula, ia akan dilaksanakan di Medan dan Lombok di Indonesia, Bangladesh dan Makkah. Para peserta hanya perlu menokok sebanyak $30 untuk masakan kecuali di Makkah. 

“Di samping menyumbang kepada pakej korban ini, kami berharap masyarakat dapat memberi sokongan kepada kami dengan terus menghidupkan pendidikan Islam percuma di Singapura,” tambah Encik Muhammad Hilmi. 

Layari media sosial rasmi Nur Insan di Facebook@Nur Insan (FB), Instagram@nurinsansg (IG) atau www.nurinsan.sg untuk maklumat lanjut.



Cara membuat tempahan:


Hubungi talian 6920-7505 untuk pengambilan dari rumah.


Melalui laman web Nur Insan: www.nurinsan.sg.


Pemindahan dana kepada akaun DBS 0728995351 dan PayNow melalui UEN 53462377L 

Selepas membuat pembayaran, sila ambil gambar atau tangkap skrin (screenshot) dan hantarkan melalui WhatsApp 8768-4688.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >