Berita Utama
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pakej korban hasil kerjasama dengan pembekal kambing di Indonesia

May 26, 2023 | 5:30 AM
AMANAH DIGENGGAM: Ustaz Ahmad Husayni memastikan segala urusan melaksanakan korban di Bandung berjalan lancar dan haiwan yang disediakan sihat.
AMANAH DIGENGGAM: Ustaz Ahmad Husayni memastikan segala urusan melaksanakan korban di Bandung berjalan lancar dan haiwan yang disediakan sihat. - Foto MADRASAH AL-MA’ARIF AL-ISLAMIAH

MADRASAH Al-Ma’arif Al-Islamiah sekali lagi bakal melaksanakan amanah melaksanakan ibadah korban bagi tahun 2023 dan menawarkan pakej yang pernah dilaksanakan lebih sedekad lalu.

Ia turut bekerjasama dengan pembekal kambing diyakini milik Ustaz Ahmad Husayni, anak KH. M. Hassan Mukarrom daripada pesantren Baabussalaam, Bandung, Indonesia. 

Dengan keluasan kandang kambing sekitar 350 meter persegi, syarikat ini mempunyai tiga pembantu untuk menjaga kambing ternakan ini dengan memastikan persekitaran sentiasa teratur dan bersih.

Menurut Pegawai Pengumpulan Dana Madrasah Al-Ma’arif, Cik Siti Radhiyah Rahmat, segala keperluan dan pelaksanaan bagi ibadah korban ini akan dijalankan mengikut syariat, selamat, amanah serta menepati jangkaan penderma setempat. 

“Kami sudah bekerjasama lebih kurang lima tahun dengan pembekal kambing di Indonesia, iaitu bersama Ustaz Ahmad Husayni yang juga merupakan anak Pak Kial Mukarrom daripada pesantren Baabussalaam di Bandung.

“Ustaz Ahmad berpengalaman menternak kambing dari 1997 sehingga kini. Keluasan kandang sekitar 350 meter persegi dengan dengan tiga pekerja berpengalaman. Ini demi memastikan segala urusan ternakan dan kambing terjaga rapi dan mendapat segala keperluan atau rawatan yang diperlukan, agar haiwan ini kekal sihat dan tidak berpenyakit. Selain itu, kambing yang dipelihara ini dipastikan dalam keadaan optimum untuk upacara korban dan mengikut syarat yang sah. Kedua-dua pihak amat menitikberatkan kesihatan kambing ini demi mencapai jangkaan yang kami peruntukkan,” jelasnya. 

Beliau turut menjelaskan, kedudukan kandang ternakan ini ialah di Padalarang, Bandung, lebih kurang 14 kilometer dari Pesantren Baabussalaam. Berat setiap ekor kambing antara 21 kilogram dengan 24 kilogram.

Harga korban yang ditawarkan $260, bagi akikah $280. Daging bagi akikah akan dimasak dan dibahagi-bahagikan kepada warga miskin dan memerlukan di sana. Selain itu, sebahagian daripada sumbangan untuk ibadah korban ini bakal disalurkan kepada dana pembangunan Madrasah Al-Ma’arif. 

“Alhamdulillah, Ustaz Ahmad sangat membantu dan responsif adakah kami perlukan maklumat terkini. Kami bagi pihak madrasah sangat berharap masyarakat Islam Singapura dapat terus membantu dan menyokong usaha murni ini. Selain membantu mereka yang susah, sebahagian daripada sumbangan ini juga akan kami disalurkan kepada dana pembangunan Madrasah Al-Ma’arif. 

“Wakil madrasah boleh membantu menguruskan pendaftaran anda. Pihak kami akan datang ke rumah penderma atau mereka yang ingin menempah pakej korban ini. Insya-Allah, pada 2023 ini wakil Al-Ma’arif akan turut serta dan turun padang di Indonesia bagi menyaksikan upacara korban di sana nanti,” tambahnya.

Untuk tempahan dan menderma:

WhatsApp atau hubungi talian 9182-4766.

Ke pejabat Madrasah Al-Ma’arif Al-Islamiah di No 3 Lorong 39 Geylang Singapura 387865. Pembayaran secara tunai/Nets atau cek diterima. Waktu pejabat bagi cuti sekolah dari  9 pagi hingga 3 petang.

PayNow ke UEN : S36MM0001G (rujukan: korban).

Perbankan Internet : 507018232001 (rujukan: korban).

Pendaftaran dari rumah: Sila WhatsApp talian 9182-4766, sertakan nama, alamat dan jumlah korban yang ingin ditempah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg