Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

TEROKA NEGERI TERENGGANU

Pavilion Negeri Terengganu gah di Malaysia Fest 2023

Jul 28, 2023 | 05:30 AM



Keindahan negeri Terengganu memang sudah pun diketahui ramai. Namun bagi yang belum tahu, ini adalah peluang terbaik bagi anda meneroka negeri yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia ini dengan lebih terperinci.

Reruai ‘Pavilion Negeri Terengganu’ diadakan sempena acara pameran Malaysia Fest 2023, berlangsung dari Khamis, 27 Julai hingga Ahad, 30 Julai ini, bertempat di Dewan 5A & 5B, Singapore Expo, anjuran MegaXpress International Pte Ltd.

Pameran empat hari yang bertemakan Beautiful Terengganu, Lambaian Warisan Pesisir Air ini melibatkan penyertaan secara bersepadu seperti industri dan pelaburan, pertanian dan industri asas tani, pelancongan, kesenian, kebudayaan dan kraf tangan serta produk-produk daripada industri kecil dan sederhana.


Usahawan dari negeri tersebut turun padang serta mempamerkan produk dan pakej menarik seperti pakej ibadah korban, pakej taman tema, percutian dan pelancongan, penginapan, peluang pelaburan, makanan dan minuman yang diminati ramai, buah-buahan yang rencam dan bermacam-macam lagi.


Lebih menarik, sesi membuat batik dan songket tenunan tangan diadakan secara liveuntuk pengunjung melihat secara dekat.


Menurut Penolong Setiausaha Kerajaan daripada unit Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro & Hal Ehwal Pengguna, Encik Mohd Fadhli Jusoh, selain mengetengahkan barangan dan perkhidmatan dari Terengganu, pameran Pavilion Negeri Terengganu ini juga bertujuan memperkukuh dan memperluas pasaran produk keluaran Malaysia, khususnya dari Terengganu ke Singapura.

Selain itu, pameran ini juga diharapkan sebagai platform bagi usahawan kededua negara menjalin rangkaian perniagaan dan mengembangkan syarikat dan perniagaan masing-masing.

“Pada pameran ini, pengunjung berpeluang melihat secara dekat sesi tunjuk cara kraf warisan Terengganu seperti menenun songket dan mewarna batik.

“Keistimewaan batik Terengganu adalah keaslian cara membuatnya, masih menggunakan teknik tradisional seperti menggunakan canting dan lilin panas. Produk songket dan batik ini tidak terhad kepada pakaian sahaja, malah direka untuk beg, dompet dan cenderahati lain.

“Selain itu, produk makanan kesukaan ramai seperti pelbagai keropok ikan dan keropok lekor, pes, sos, buah-buahan seperti melon manis Terengganu dan banyak lagi turut disediakan.Terdapat juga peluang bagi yang berminat melabur melalui seminar berjudul, ‘On Transpire Terengganu State Investment, berlangsung pada 28 Julai ini,” jelas Encik Mohd Fadhli.


Acara Pavilion Negeri Terengganu ini diadakan secara percuma dan orang ramai dijemput hadir.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >