Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Pejabat Mufti terbit irsyad bagi masyarakat Islam SG berhubung kumpulan LGBTQ+

Aug 22, 2022 | 06:09 PM



Pejabat Mufti  telah menerbitkan irsyad atau nasihat bagi masyarakat Islam setempat pada Isnin (22 Ogos), sehari selepas Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong mengumumkan undang-undang yang menyifatkan seks sesama lelaki akan dimansuhkan.



Menurut Pejabat Mufti, Islam menekankan pembentukan keluarga menerusi perkahwinan antara lelaki dengan perempuan dan ini adalah batu asas masyarakat. 



“Islam melarang sebarang jenis hubungan atau ikatan seksual  yang lain,” kata Pejabat Mufti dalam kenyataannya.



Nasihat yang diberikan oleh Pejabat Mufti itu juga berkata sebarang perubahan undang-undang tidak bermakna cara masyarakat Melayu/Islam menjalani hidup akan berubah dan masyarakat itu harus menjalani hidup dengan yakin, berpandukan pendirian dan nilai yang berterusan. 



Cara terbaik memelihara amalan agama dan cara hidup kita adalah dengan mendidik secara aktif dan memupuk nilai-nilai dan pendirian yang diingini dalam masyarakat Islam.



Pada masa yang, masyarakat Islam berhak memelihara nilai-nilai keagamaan dan kekeluargaan yang dimilikinya, terutama jika kededua nilai ini dicabar atau dipertikai secara langsung. 



Pejabat Mufti berkata sebarang usaha advokasi bagi kumpulan lesbian, gay, biseksual, transgender dan queer (LGBTQ+) harus menghormati nilai-nilai yang dianggap amat berharga oleh masyarakat Islam dalam mengamalkan agama.



“Jika nilai-nilai keagamaan dan kepercayaan kita dicabar secara terbuka dan dengan cara yang agresif, ini akan mengubah  ruang awam menjadi bersifat pecah-belah dan berkonfrontasi. Kita harus berusaha mencegah sebarang perbezaan dari segi orientasi dan pandangan dunia daripada berubah menjadi perbalahan dan konflik yang melemahkan masyarakat, “katanya.



Dalam ucapannya di Rapat Hari Kebangsaan pada 21 Ogos, Encik Lee mengumumkan pemerintah akan memansuhkan Seksyen 377A yang menyifatkan seks sesama lelaki sebagai satu jenayah.



Selaras dengan perubahan itu, Perlembagaan juga akan dipinda supaya melindungi institusi perkahwinan di Singapura daripada dicabar di mahkamah, antaranya dengan menetapkan takrif perkahwinan sebagai antara seorang lelaki dan seorang wanita..



Nasihat keagamaan sepenuhnya boleh diperolehi di sini.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >