Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

HAGEL TRAVEL & TOURS

Pelbagai pilihan pakej berbaloi

Nov 26, 2023 | 07:59 PM



Berpengalaman selama lebih 35 tahun, Hagel Travel & Tours menawarkan kepakaran dalam mengendalikan urusan ibadah haji dan umrah.

Berdasarkan bajet yang berbeza, Hagel Travel & Tours mempunyai beberapa pilihan pakej haji seperti Deluxe, Express dan Economy.

Pengarah Urusan Hagel Travel & Tours, Syed Agil Alkaff, berkata syarikatnya menyediakan keperluan lengkap dan kemudahan yang setanding dengan harga yang dibayar oleh jemaah.

Jelasnya: “Pada musim lepas, pakej haji yang disediakan termasuk penginapan, makanan (full board), insurans Saudi, visa haji, pengangkutan di tanah suci, kemasukan ziarah, cenderamata, dan pengurusan Masya’ir, iaitu hari-hari kemuncak ibadah haji.


“Tempat penginapan pula adalah berdasarkan pakej yang dipilih. Antara penginapan yang dipertimbang ialah Safa Al Ikhwah 3 (Shisha), Hilton Suites (Makkah) dan The Oberoi, Madinah.

“Bagi lebih memudahkan jemaah, kami menyediakan cenderamata percuma seperti bagasi besar, bagasi kabin, kitab panduan (doa), 5 liter air zamzam, kantung kecil untuk tampung batu, botol semburan, kain ihram dan fabrik baju Melayu (lelaki) serta telekung mini dan jubah fabrik (wanita).”

Bagi pakej umrah pula, ia bermula dari 10 hingga 13 hari dengan pelbagai jenis perjalanan mengikut keinginan dan cita rasa jemaah.

Sepanjang mengerjakan haji atau umrah, jemaah harus mempunyai kekuatan fizikal, rohani dan jasmani. Mereka perlu bersiap sedia dengan perjalanan yang memerlukan tenaga ritual sepanjang manasik haji.

Selain itu, cuaca panas yang dianggarkan pada musim haji juga menjadi suatu perkara yang perlu dititikberatkan. Oleh itu, bakal jemaah perlu berhati-hati dan menjaga kesihatan agar dijauhkan daripada penyakit strok haba atau penyakit lain.

Hagel Travel & Tours turut menyediakan perkhidmatan kerusi roda membantu jemaah yang sukar berjalan dalam menyempurnakan ibadah haji atau umrah.

“Jika dibandingkan dengan tahun sebelum ini, permintaan penggunaan kerusi roda pada musim haji lepas sangat memberangsangkan. Kerusi roda tersebut akan ditolak oleh individu yang dilantik oleh Hagel Travel & Tours dengan bayaran yang dipersetujui.

“Perkhidmatan ini sangat membantu, terutama ketika saat genting, khususnya bagi jemaah haji berusia 65 tahun ke atas, dari Arafah yang ingin ke Mina dan dari Mina ke tempat melontar.

“Semoga Allah memberkati segala usaha kami agar terus berada dalam pasaran. Matlamat kami tetap sama sepanjang tahun, iaitu berkhidmat dengan penuh dedikasi, sabar dan senyum dalam menghadapi apa jua cabaran, khususnya dalam tempoh haji 2024 ini,” akhiri Syed Agil Alkaff.

PERTANYAAN & MAKLUMAT


1. Hubungi talian +65 6744-1711 atau e-mel kepada sales@hageltravel.com untuk sebarang pertanyaan mengenai pakej umrah atau haji bersama Hagel Travel & Tours.

2. Layari laman https://www.hageltravel.com bagi mendapatkan maklumat pakej haji dengan lebih lanjut.

3. Setelah mendapat surat rasmi daripada Majlis Ugama Islam Singapura (Muis,) jemaah boleh ke pejabat Hagel Travel & Tours di alamat 4A Jalan Pisang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >