Berita Utama
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pemandu trak bawa rokok seludup ditahan di Geylang East 

Jan 4, 2024 | 7:37 PM
DISYAKI SELUDUP ROKOK: Seorang lelaki ditahan di Geylang East selepas 1,356 karton rokok seludup ditemui dalam trak syarikatnya.
DISYAKI SELUDUP ROKOK: Seorang lelaki ditahan di Geylang East selepas 1,356 karton rokok seludup ditemui dalam trak syarikatnya. - Foto KASTAM SINGAPURA

Seorang lelaki ditahan di Geylang East pada 28 Disember 2023, selepas satu operasi oleh Kastam Singapura yang mengakibatkan sebanyak 1,356 karton rokok seludup ditemui dalam trak syarikatnya.

Kastam Singapura menyatakan pada 4 Januari bahawa rokok itu ditemui dalam satu operasi di sebuah tempat letak kereta di Geylang East Avenue 1.

Semasa operasi itu, anggota dan pegawai Kastam Singapura menemui karton itu yang mengandungi 3,190 paket rokok yang tidak dibayar cukai dalam ruang kargo trak itu.

Akibatnya, lelaki warga China berusia 32 tahun itu ditahan, manakala rokok dan traknya dirampas, lapor The Straits Times (ST).

Siasatan menunjukkan bahawa lelaki yang didakwa itu ditugaskan oleh seseorang yang tidak dikenali di wadah mesej sosial, WeChat, untuk mengambil dan menghantar rokok itu.

Lelaki tersebut, yang bekerja sebagai pemandu penghantaran oleh sebuah syarikat makanan, telah menggunakan trak syarikatnya untuk membawa rokok itu, kata Kastam Singapura.

Keseluruhan duti dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dielakkan berjumlah $179,292.

Prosiding mahkamah bagi kes itu masih dijalankan.

Pihak berkuasa memberi amaran bahawa membeli, menjual, memiliki dan menghantar barangan yang tidak dibayar cukai adalah kesalahan di bawah undang-undang.

Mereka yang didapati bersalah boleh didenda sehingga 40 kali jumlah duti dan GST yang dielakkan, dipenjara sehingga enam tahun atau kededuanya.

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan penyeludupan atau mengelak cukai atau GST boleh menghubungi Kastam Singapura di https://go.gov.sg/reportcustomsoffence

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg