Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

MASJID JAMAE CHULIA

Pemilik restoran sumbang untuk dana masjid melalui jualan kupon amal

Aug 08, 2023 | 05:30 AM



Dalam memainkan peranan yang tidak ternilai memastikan pembangunan Masjid Jamae Chulia, seorang jemaah setia selama hampir 40 tahun, Encik Mohammed Ameen Mansor, terus giat membantu masjid dalam pelbagai cara, termasuklah pengumpulan dana terkini.

Beliau merupakan pemilik Restoran Taj Authentic Indian Cuisine sejak 1997 yang terletak di South Bridge Road, bersebelahan dengan masjid tersebut dengan hubungan yang amat erat dengan masjid itu sejak 1984 berkata:

“Saya mula datang ke masjid ini hampir empat dekad lamanya, bermula dengan mengerjakan solat Jumaat. Banyak perubahan dan penambahbaikan yang saya lihat telah berlaku.

“Ini seperti peningkatan di dewan solat, penggunaan alat penghawa dingin, jubin baru, serta kerja pengecatan yang memberikan suasana lebih selesa, bersih, dan mesra warga tua dan semua orang.”

Encik Mohammed Ameen, 67 tahun, turut menekankan bahawa walaupun Masjid Jamae Chulia lebih dikenali sebagai masjid India, namun pelbagai kaum dan jemaah dari pelbagai negara beribadah di sini.

“Warga Melayu, pekerja, dan pelancong dari Indonesia, Pakistan, Yaman, dan pelbagai lagi turut menunaikan solat di sini. Ini membuktikan bahawa masjid adalah tempat ibadah yang universal, menyatukan umat Muslim dari berbagai-bagai budaya dan bahasa,” jelasnya.

Selain daripada sumbangannya sebagai jemaah, Encik Mohammed Ameen juga menyediakan sumbangan melalui restorannya.

Restoran Taj Authentic Indian Cuisine turut menawarkan kupon amal nasi beriani dengan harga $20 setiap satu, serta kupon untuk hidangan martabak amal bermula $10 setiap satu.

Sumbangan ini bertujuan menyokong pengumpulan dana peningkatan bagi Masjid Jamae Chulia yang masih memerlukan lebih daripada $1 juta untuk mencapai matlamat pengumpulan dana.

Projek peningkatan bagi Masjid Jamae Chulia sedang giat dilaksanakan dan hampir mencapai 90 peratus siap. Projek ini bermula pada akhir tahun lalu dan masjid ini adalah salah sebuah masjid tertua di Singapura yang telah berdiri sejak 1826.

Pengerusi Masjid Jamae Chulia, Encik Rasheed Zaman Mohamed Rashad, menjelaskan bahawa masjid ini merupakan salah satu simbol bersejarah dan telah diwartakan sebagai Monumen Negara pada 1974.

Encik Rasheed Zaman menekankan kepentingan sokongan berterusan daripada masyarakat untuk mencapai matlamat pengumpulan dana sebanyak $3 juta. Jumlah dana yang terkumpul kini sudah mencapai anggaran $1,070,000.

Walaupun dalam tempoh peningkatan ini, masjid masih beroperasi sepenuhnya, dengan program-program seperti ceramah agama dan kelas Al-Quran tetap berjalan seperti biasa.

“Meskipun kerja peningkatan giat dijalankan di Masjid Jamae Chulia, namun semua kegiatan dakwah dan kegiatan lazim yang kami lakukan seperti ceramah agama, kelas Al-Quran, bacaan Surah Yasin dan Al-Kahfi pada setiap malam Jumaat selain kelas madrasah mingguan, semuanya tetap berjalan lancar.

“Pihak kami dengan rendah hati mengharapkan sokongan dan derma orang ramai bagi memenuhi dana untuk projek peningkatan ini. Lebih $1 juta sudah pun terkumpul namun bakinya masih lagi diperlukan.

“Justeru, kami amat mengharapkan sokongan dan derma ikhlas daripada orang ramai demi kelangsungan masjid serta dana peningkatan untuk masjid bersejarah ini,” ujar Encik Rasheed Zaman.

Beliau turut berkata selepas selesainya kerja peningkatan ini, masjid ini kelak mampu menampung sekitar 1,200 jemaah, selain boleh menampung 100 pelajar pada satu-satu masa serta menjadi masjid yang lebih mesra warga tua dan golongan kurang upaya.

Selain menawarkan nasi beriani amal, kupon untuk mendapatkan martabak amal bermula $10 setiap satu, turut disediakan untuk orang ramai. Hidangan martabak ini disediakan oleh Restoran Victory.

Hulur sumbangan ikhlas anda kepada Masjid Jamae Chulia:


– Pemindahan bank ke dalam akaun semasa OCBC 517-070041-002.

– Hantarkan cek anda kepada Masjid Jamae Chulia melalui pos ke alamat 218, South Bridge Road, Singapura 058767.

– Derma langsung di pejabat masjid. Hubungi talian 6221-4165 atau WhatsApps ke talian 9297-4192. Sila buat janji temu sebelum datang ke masjid ini.

– Sila imbas kod QR yang tertera di sini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >