Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Permohonan dua peguam asing untuk wakili empat pengedar dadah ditolak Mahkamah Tinggi

Jan 30, 2024 | 07:30 PM



Mahkamah Tinggi telah menolak permohonan dua Peguam Diraja, seorang dari Australia dan seorang lagi dari Britain, untuk diterima masuk ke Badan Peguam Singapura secara ‘ad hoc’ atau apabila diperlukan, agar mereka dapat bertindak bagi pihak empat pengedar dadah yang didapati bersalah dan menghadapi hukuman mati.

Dalam penghakiman bertulis pada 30 Januari, Hakim Woo Bih Li berkata tiada sebab istimewa untuk menerima masuk kedua-dua peguam itu secara ad hoc, lapor The Straits Times (ST).


Encik Theodoros Kassimatis dan Encik Edward Fitzgerald telah memfailkan permohonan berasingan pada 2023 – masing-masing untuk bertindak bagi pihak dua banduan tersebut.

Encik Kassimatis menjadi peguam dan peguam cara Mahkamah Agung Victoria di Australia pada 2001. Beliau dilantik sebagai Peguam Kanan pada November 2016 dan Peguam Diraja (QC) pada Mac 2017.

Beliau memohon diterima masuk untuk bertindak bagi pihak Jumaat Mohamed Sayed dan Saminathan Selvaraju.

Encik Fitzgerald menjadi peguam di England dan Wales pada November 1978. Beliau dilantik sebagai Peguam Penasihat Diraja pada Januari 1995.

Beliau memohon diterima masuk untuk bertindak bagi pihak Datchinamurthy Kataiah dan Lingkesvaran Rajendaren.

Keempat-empat banduan itu didapati bersalah mengedar heroin dan dijatuhi hukuman mandatori itu antara 2015 dengan 2018.

Rayuan masing-masing terhadap hukuman mati itu ditolak mahkamah antara 2016 dengan 2020.

Pada 22 Ogos 2022, kesemua mereka memohon kebenaran untuk memulakan satu cabaran perlembagaan terhadap peruntukan Akta Penyalahgunaan Dadah yang mengalihkan beban bukti bagi unsur kesalahan tertentu terhadap tertuduh.

Mereka berhujah bahawa peruntukan itu melanggar prinsip anggapan tidak bersalah yang dilindungi di bawah Perlembagaan.

Bagaimanapun, permohonan itu ditolak Mahkamah Tinggi pada 25 November 2022. Antara lain, hakim menjelaskan, perkara pokok dalam permohonan mereka tidak terdedah kepada semakan kehakiman.

Keempat-empat mereka kemudian memfailkan permohonan lanjut dalam usaha merayu keputusan Mahkamah Tinggi.

Encik Kassimatis dan Encik Fitzgerald kemudian memohon diterima masuk secara ‘ad hoc’ untuk bertindak bagi pihak pesalah itu.

Kedua-dua Peguam Diraja itu memfailkan penghujahan bertulis dan membuat penghujahan lisan di depan Hakim Woo melalui Datchinamurthy pada 23 November 2023.

Mengenai sama ada terdapat sebab istimewa, Hakim Woo menjelaskan, hakikat bahawa kes itu membangkitkan isu kepentingan awam tidak cukup untuk menerima masuk dua peguam asing itu.

Kesemua banduan itu berhujah terdapat sebab istimewa kerana mereka tidak dapat mencari peguam tempatan untuk mewakili mereka.

Namun, hakim menyatakan empat banduan itu mendapat akses kepada bantuan undang-undang secara substantif, walaupun mereka tidak diwakili peguam secara rasmi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >