Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

PM Lee: AS harus jalin hubungan mendalam dengan Asia

Nov 15, 2023 | 07:55 PM



Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berharap Amerika Syarikat akan terus menjalin hubungan lebih mendalam dengan Asia, pada masa kebimbangan mengenai keselamatan rantau ini mengatasi pertimbangan perdagangan.

“Hari ini, di tengah-tengah persekitaran sejagat yang lebih kompleks, kebimbangan strategik dan keselamatan semakin mengatasi pertimbangan perdagangan bebas dan kebajikan ekonomi,” ujar Encik Lee semasa melancarkan Pusat Luar Negara Enterprise Singapore (EnterpriseSG) di San Francisco pada Selasa.

“Tetapi kami berharap walaupun wujudnya trend ini, Amerika akan kekal dan mengukuhkan hubungannya dengan Asia dan seluruh dunia.

“Ini kerana negara, malah negara besar, masih perlu menjalankan perniagaan dan dagangan antara satu sama lain, bukan sahaja untuk kemakmuran bersama, tetapi juga kerana perdagangan merupakan aspek penting kerjasama dan keamanan antarabangsa.

“Kami juga berharap agar ekonomi utama seperti Amerika Syarikat, yang memainkan peranan utama dalam banyak keadaan di seluruh dunia, terlibat secara mendalam dengan dunia, mempengaruhinya, bekerjasama dengannya, dan bermanfaat daripadanya,” ujar beliau seperti dilapor The Straits Times.


Encik Lee tiba di San Francisco pada Isnin untuk lawatan kerja enam hari bagi menghadiri forum Mesyuarat Pemimpin bagi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec) (AELM). Mesyuarat tahunan itu dihoskan oleh Amerika.

Pejabat baru di San Francisco itu adalah pusat luar negara ke-37 EnterpriseSG yang ditubuhkan sebagai respons kepada minat kian meningkat daripada syarikat Singapura yang ingin menembusi pasaran Amerika yang lebih luas.

Perasmiannya menandakan peningkatan dalam penglibatan Singapura di Pantai Barat Amerika, kata Encik Lee.

Beliau turut menyatakan bahawa Singapura adalah pelabur Asia ketiga terbesar di Amerika, manakala Amerika pula adalah pelabur asing terbesar Singapura.







Hubungan dua hala antara kedua negara itu telah berkembang dan memasuki bidang baru termasuk perubahan iklim, keselamatan siber, ruang angkasa, serta teknologi kritikal dan baru muncul.

Negara-negara serantau juga mendapat rangsangan dengan jangkaan yang semakin meningkat daripada Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik (IPEF) – satu daya usaha pentadbiran Presiden Amerika, Encik Joe Biden, yang menggabungkan ekonomi utama 14 negara termasuk Singapura.

Sebagai sebuah ekonomi yang kecil dan terbuka, langkah terbaik Singapura ialah meneruskan perniagaan dengan dunia, kata Encik Lee.

“Itulah sebabnya Singapura terus melakukan yang terbaik untuk meningkatkan kerjasama, menggalak syarikat kami hadir di Amerika, dan mengundang syarikat Amerika untuk melabur di Singapura,” jelas beliau.

Kawasan Teluk San Francisco, termasuk kawasan tumpuan teknologi Silicon Valley, telah menjadi wilayah penting bagi syarikat pemula dan berpotensi Singapura, untuk bertemu rakan kongsi strategik dan mendapat sokongan yang boleh membawanya ke peringkat global, katanya.

“Kami menikmati tahap kerjasama yang baik hari ini, tetapi saya yakin ia boleh menjadi lebih baik,” ujar beliau.

Beliau turut mengundang syarikat Amerika untuk melihat ke timur.

“Bagi rakan-rakan kami di Amerika yang mencari peluang di Singapura, atau di rantau Asia-Pasifik yang rancak dan berkembang, mesej kami kepada anda ialah: Singapura terbuka luas untuk perniagaan,” katanya.

Turut hadir di majlis pelancaran itu ialah Leftenan Gabenor California, Cik Eleni Kounalakis; Duta Singapura ke Amerika, Encik Lui Tuck Yew; Duta Amerika ke Singapura, Encik Jonathan Kaplan; dan naib presiden kanan bagi Asia di Dewan Perniagaan Amerika, Encik Charles Freeman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >