Berita Utama
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Lee lancar buku singkap hidup isteri Yusof Ishak

Jul 18, 2017 | 6:54 PM
Puan Noor Aishah berusia 26 tahun semasa suaminya Yusof Ishak menjadi Yang Di Pertuan Negara pertama Singapura.
Puan Noor Aishah berusia 26 tahun semasa suaminya Yusof Ishak menjadi Yang Di Pertuan Negara pertama Singapura. - ST PRESS

Wanita Pertama dan isteri Presiden pertama Singapura Encik Yusof Ishak, Puan Noor Aishah telah melihat tempoh sukar dalam pembangunan awal Singapura hingga ia makmur.

Walaupun baru berusia 26 tahun semasa suaminya menjadi Presiden, beliau menjalankannya dengan mudah dengan sikapnya yang menawan, menurut Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong.

Beliau berkata demikian dalam pelancaran buku : "Puan Noor Aishah: Singapore's First Lady' The Arts House.

"Ia akan merakamkan cerita beliau, peranan dimainkan, sumbangannya dalam pembangunan awal negara ini kepada generasi-generasi rakyat Singapura,"'kata PM Lee.

Malah, beliau mendapatkan seorang guru agar mengajarnya Bahasa Inggeris agar beliau dapat berkomunikasi dengan berkesan dengan rakyat Singapura dan tetamu asing.

"Beliau meraikan SG50 bersama kita. Dan beliau akan melihat Singapura mempunyai seorang lagi Presiden Melayu, jika semuanya berjalan lancar.

"Saya harap Presiden itu akan membawa kecemerlangan dan hormat, dan dicintai dan diingati oleh rakyat Singapura seperti Encik Yusof Ishak," kata PM Lee.

Buku itu ditulis oleh Dr Kevin Tan dan diterbitkan oleh Straits Times Press. Ia boleh dibeli di toko-toko buku ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg