Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

PRASEKOLAH 7OAKS PPIS  

Prasekolah 7oaks kini ada 9 cawangan di S’pura

Tambah dua lagi cawangan di Tampines, Kallang
Nov 10, 2023 | 05:30 AM



Melentur biarlah waktu rebung. Hakikat inilah yang mendorong Prasekolah 7oaks menawarkan pendidikan awal kanak-kanak yang bermutu pada kos yang wajar kepada setiap kanak-kanak tidak kira latar belakang mereka.

Pusat yang bermula di bawah naungan Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) dan dikenali sebagai Taman Asuhan PPIS pada 1983 menawarkan pembelajaran menerusi kaedah bermain yang ketika itu merupakan sesuatu yang unik.

Pusat yang kini dinamakan 7oaks Preschool, atau Prasekolah 7oaks, baru-baru ini membuka dua lagi cawangan di Tampines dan Kallang, sekali gus mengembangkan jumlah keseluruhannya kepada sembilan pusat.

Lapan daripada pusat tersebut terletak di kawasan kejiranan sementara cawangan utamanya terletak di kawasan indah di Bukit Batok yang berlatarkan sekitaran alam yang segar menghijau.

Sejauh ini, Prasekolah 7oaks menyediakan tempat bagi lebih 1,000 kanak-kanak. Empat daripada pusatnya mengendalikan bayi berusia dua bulan hingga kanak-kanak enam tahun sebelum mereka melangkah ke alam persekolahan rendah. Lima yang lain menawarkan kelas bagi kanak-kanak berusia tiga tahun hingga enam tahun.

Pusat prasekolah yang inklusif ini menerima pelajar daripada setiap kaum dan agama serta rakyat dan penduduk tetap.

Antara pencapaiannya selama ini ialah memperoleh pensijilan SPARK – pengiktirafan mutu dalam proses pengajaran, pembelajaran dan pengurusan.

Presiden PPIS yang juga Pengerusi Oaks Plus Limited, yang menguruskan kesembilan pusat prasekolah tersebut, Cik Hazlina Abdul Halim, menekankan peri pentingnya pembelajaran menyeluruh dan holistik yang menjadi kelebihan pusat tersebut selain kurikulum yang menarik.

Kata Cik Hazlina: “Kurikulum kami mengamalkan pendekatan bersepadu kepada pembelajaran berdasarkan tema-tema daripada rangka kerja Memupuk Pelajar Awal (N.E.L) daripada Kementerian Pendidikan (MOE). Garis panduan utama daripada rangka kerja N.E.L. telah pun diterjemahkan kepada prinsip P.E.E.L (Play. Explore. Experience. Learn).”

Menjelaskan lebih lanjut tentang kurikulum, Pengurus, Penglibatan Pekerja dan Pembangunan Keupayaan, Cik Anizah Mohd Saleh, yang mempunyai tiga dekad pengalaman dalam pengendalian prasekolah berkata:

“Kanak-kanak mempelajari menerusi kaedah belajar sambil bermain semasa meneroka tajuk-tajuk yang menarik. Bagi kanak-kanak di bawah umur tiga tahun, mereka mengikuti kegiatan bersasarkan pemerhatian guru-guru yang mengutamakan pembangunan holistik melalui kaedah W.E.A.N. Ini bermaksud (Watch. Evaluate. Activities. Notes of Development). Kaedah ini sangat penting agar guru-guru terus mengikuti prinsip menjaga kanak-kanak secara hormat dan responsif.”

Satu keistimewaan Prasekolah 7oaks ialah pembelajaran yang berinspirasikan Reggio yang terkenal di Italy. Malah satu lawatan ke Italy yang diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Khidmat Kanak-Kanak, Cik Rahayu Mohamad, mengetuai rombongan tiga kakitangan untuk ke Italy demi mempelajari kaedah Reggio pada 2019.


Layari laman web, 7oaks.sg untuk maklumat lanjut. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >