Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

MASJID AR-RAUDHAH

Prasekolah Ar-Raudhah sokong usaha inklusif , sasar akreditasi tadika bermutu

Jun 16, 2023 | 05:30 AM



Prasekolah Masjid Ar-Raudhah mengutamakan pendidikan pratadika dan tadika bermutu dengan bimbingan guru-guru berkelayakan dan komited biarpun ia bukan pertubuhan mencari keuntungan.  

Lantaran itu, ia sedang berusaha mendapatkan pensijilan SPARK (Rangka Kerja Akreditasi Prasekolah Singapura).

Akreditasi SPARK ini dilancarkan Kementerian Pendidikan pada 2010 untuk menilai dan membantu prasekolah meningkatkan mutu perkhidmatan dan kini disemak oleh Agensi Pembangunan Awal Kanak-kanak (ECDA). 

Akreditasi tersebut bermatlamat menawarkan pengiktirafan dan sokongan buat pemimpin prasekolah atas usaha mereka untuk memperbaiki pengajaran dan pembelajaran, dan proses pentadbiran dan pengurusan untuk mempertingkatkan lagi pembangunan holistik dan kesejahteraan kanak-kanak. 

Mengulas tentang usaha prasekolah Masjid Ar-Raudhah mendapatkan akreditasi SPARK, pengetuanya, Cik Ruqaiyah Sapuan, berkata: 

“Akreditasi Spark merupakan matlamat semua prasekolah di Singapura. Di Masjid Ar-Raudhah, kami telah mulakan persiapan untuk mendapatkan pensijilan SPARK. Tetapi, kami juga prihatin terhadap kesejahteraan guru-guru. Maka, kami sedang buat persiapan untuk mendapatkan pensijilan SPARK secara bertahap dan mengadakan latihan buat guru supaya mereka bersedia untuk akreditasi SPARK nanti.”

Menggunakan Rangka Kerja Memupuk Pelajar pada Peringkat Awal (NEL) dan keperluan SPARK sebagai panduan; ibu bapa boleh menjangkakan amalan pembelajaran dan pengajaran yang kukuh; kurikulum bersepadu yang dilakar dengan baik; pedagogi iaitu cara pengajaran yang berkesan; persekitaran sesuai untuk pembelajaran; dan pembangunan kanak-kanak yang positif. 

Prasekolah Masjid Ar-Raudhah menawarkan program pendidikan selama empat jam daripada peringkat pratadika satu hingga tadika dua buat pelajar kanak-kanak berusia empat dan enam tahun. Menurut Cik Ruqaiyah, kesemua 15 prasekolah di masjid berinspirasi menjadi sebuah institusi yang menerapkan nilai-nilai seperti bertanggungjawab (accountability – A), saling menghormati (mutual respect – M), bercita-cita (aspire – A), asuh (nurture – N), boleh suai (adaptable – A), dan harmoni (harmony – H), ringkasnya AMANAH.


“Justeru, di Masjid Ar-Raudhah, kami bukan sahaja mahu pelajar kanak-kanak cemerlang dalam bidang duniawi malah ukhrawi. Pelajar didedahkan kepada doa harian, surah, mempelajari huruf qiraat dan tarannum mudah,” kata Cik Ruqaiyah.


Selain itu, kurikulum prasekolah Masjid Ar-Raudhah juga mendedahkan pelajar kepada konsep yang mempersiap mereka untuk mara ke peringkat sekolah rendah, antaranya melakukan kegiatan seperti mengira duit dan melawat ke sekolah rendah.

Acara tersebut dimeriahkan dengan kehadiran tetamu terhormat, Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-undang), Cik Rahayu Mahzam, dan wakil daripada badan akar umbi. 

Prasekolah Masjid Ar-Raudhah juga turut serta dalam acara The Purple Parade’, acara yang menyokong usaha inklusif dan merai individu dengan keperluan khas di Singapura, dengan pelajar kanak-kanak, ahli keluarga dan kakitangan masjid memakai baju ungu untuk menyokong usaha tersebut pada tahun lalu. 

Pada tahun ini, pelajar kanak-kanak juga terlibat menganjurkan bazar mini tadika, di mana mereka menjual kuih Raya yang diderma oleh ibu bapa dan masyarakat awam dan kraf tangan comel buatan pelajar.

Berminat mendaftar untuk prasekolah di Masjid Ar-Raudhah atau masjid lain? 

Kini, pendaftaran bagi prasekolah tadika Masjid Ar-Raudhah bagi 2024 sudah dibuka dan tempat hampir penuh.

– Layari laman Facebook, https://www.facebook.com/ARRKindy/, atau

– Layari pautan, https://bit.ly/ARRAUDHAH_2024ENROLMENT, untuk maklumat lanjut tentang pendaftaran prasekolah Masjid Ar-Raudhah. 


– Kunjungi laman, https://linktr.ee/2024MBK_Enrolment, untuk mendaftar di salah satu daripada 15 pra sekolah masjid di Singapura.

Cara memberi sumbangan:


PayNow: UEN S93MQ0024E.

Selepas membuat sumbangan, sila WhatsApp kepada talian 9461-4306.

Pemindahan bank: OCBC Semasa 501-806368-001.

Hantarkan cek atas nama Lembaga Pentadbir Masjid Ar-Raudhah dan kirim ke Masjid Ar-Raudhah, 30 Bukit Batok East Ave 2, Singapura 659919.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >