Berita Utama
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Presiden Halimah ke Qatar bagi lawatan negara terakhir selaku presiden

Jun 19, 2023 | 6:00 PM
PRESIDEN HALIMAH: Akan mengadakan lawatan empat hari ke Qatar, lawatan negara terakhir beliau selaku Presiden menyusuli pengumumannya untuk tidak bertanding dalam PIlihan Raya Presiden akan datang.
PRESIDEN HALIMAH: Akan mengadakan lawatan empat hari ke Qatar, lawatan negara terakhir beliau selaku Presiden menyusuli pengumumannya untuk tidak bertanding dalam PIlihan Raya Presiden akan datang. - Foto ST

Presiden Halimah Yacob kini berada di Qatar bagi satu lawatan negara dari 19 Jun hingga 22 Jun atas undangan Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani.

Ini merupakan lawatan negara terakhir Puan Halimah sebagai Presiden Singapura, menyusuli pengumumannya untuk tidak bertanding bagi Pilihan Raya Presiden akan datang.

Di Qatar, Puan Halimah akan diberikan sambutan istiadat negara dan akan bertemu dengan Sheikh Tamim, yang akan menganjurkan majlis jamuan tengah hari negara bagi memberi penghormatan kepada Puan Halimah.

Dalam lawatan empat hari itu, Presiden Halimah dijangka mengadakan lawatan ke Muzium Negara Qatar yang akan dihoskan oleh Pengerusi Muzium Qatar, Cik Sheikha Mayassa Al-Thani.

Di samping itu, Puan Halimah akan bertemu masyarakat Singapura di Qatar dalam satu jamuan makan malam.

Kementerian Ehwal Luar (MFA) menyatakan pada Isnin bahawa Puan Halimah akan ditemani suaminya, Encik Mohamed Abdullah Alhabshee; Menteri di Pejabat Perdana Menteri dan Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), Dr Mohamad Maliki Osman; Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan), Cik Low Yen Ling; Anggota Parlimen (AP) Encik Henry Kwek dan Encik Sharael Taha; serta pegawai daripada Pejabat Presiden, MFA, Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI), Enterprise Singapore dan Agensi Makanan Singapura (SFA).

Semasa ketiadaan Puan Halimah, Pengerusi Majlis Penasihat Presiden, Encik Eddie Teo, akan menjalankan fungsi Pejabat Presiden.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg