Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

MASJID HASANAH

Program khusus di Masjid Hasanah rai kelebihan amalan pada Zulhijah

Jun 16, 2023 | 05:30 AM



Dalam kalendar Islam, ada empat daripada 12 bulan yang merupakan bulan haram iaitu Zulkaedah, Zulhijah, Muharam dan Rejab.

Empat bulan tersebut dinamakan bulan haram kerana pada bulan itu, Allah swt melarang seluruh hamba-Nya berbuat dosa atau melakukan hal yang dinilai haram menurut syariat Islam.


Allah swt telah berfirman dalam Surah Al-Taubah, ayat 36:


“ Sesungguhnya bilangan bulan menurut Allah ialah 12 bulan pada ketetapan Allah pada waktu Dia menciptakan langit dan bumi, antaranya empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum Musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya; dan ketahuilah bahawasanya Allah beserta orang yang bertakwa.”

Menurut Ketua Unit Dakwah Masjid Hasanah, Ustaz Badrussalam D’jaffar, keempat-empat bulan tersebut mempunyai keistimewaannya.

Menjelang bulan Zulhijah ini, beliau memberi penjelasan bahawa antara amalan yang digalakkan, terutama pada 10 hari pertama Zulhijah bersamaan 20 hingga 29 Jun, ialah memperbanyak amal soleh seperti membaca zikir, melakukan atau melaksanakan ibadah korban bagi yang berkemampuan, memperbanyak membaca Al-Quran, bersedekah dan berpuasa, terutama sekali berpuasa pada Hari Arafah.

Ini telah dijelaskan seperti diriwayatkan oleh Ibnu Umar ra, Rasulullah saw bersabda:


“Tidak ada hari yang lebih agung di sisi Allah dan amal salih di dalamnya lebih dicintai oleh-Nya daripada hari yang sepuluh (sepuluh hari pertama Zulhijah).” (Hadis Riwayat Ahmad, disahihkan Syaikh Ahmad Syakir)

Bagi menggalakkan jemaah sama-sama beramal soleh, Masjid Hasanah bakal menganjurkan Program Majlis Zikir pada Rabu, 28 Jun, ini bersamaan 9 Zulhijah 1444H iaitu pada malam Hari Raya Aidiladha.

“Tujuan utama program kelolaan Unit Dakwah Masjid Hasanah ialah untuk menggalak jemaah berpuasa pada 9 Zulhijah (Hari Arafah),sekali gus menggalak jemaah memakmurkan masjid dengan kehadiran mereka di Masjid Hasanah,” kata Ustaz Badrussalam.

Masjid Hasanah juga mengalu-alukan dan menggalak jemaah agar menghulurkan derma ikhlas sempena bulan Zulhijah ini.

Secara kesimpulan, umat Islam dianjurkan melakukan amalan sebanyak-banyaknya dan tidak tertumpu kepada satu amalan saja.

Justeru, umat Islam perlu merebut keistimewaan dan kelebihan Allah swt pada 10 hari awal Zulhijah untuk melakukan amal soleh bagi meraih cinta dan kasih sayang Allah swt.

Cara-cara menyumbang kepada dana Masjid Hasanah:


PayNow ke UEN: S70MQ0042B.

Pemindahan bank ke dalam akaun OCBC: 591-070164-001. Isikan di ruang rujukan dengan “wakaf” atau “Infak”. Jika anda inginkan resit, sila isi borang di www.linktr.ee/hasanahmosque.

Melalui cek atas nama ‘LPM Hasanah’. Poskan ke Masjid Hasanah, 492 Teban Gardens Road, Singapura 608878. Tulis nama, alamat dan nombor telefon di belakang cek yang dikirimkan.

Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi pejabat Masjid Hasanah di talian 6561-7990, Isnin hingga Jumaat: 9 pagi hingga 5 petang; Sabtu & Ahad: 9 pagi hingga 1 tengah hari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >