Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Projek Nur Ala Nur: Cari dana peningkatan melalui ibadah korban

Jun 16, 2023 | 05:30 AM



Setiap tahun, setibanya Hari Raya Aidiladha, Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah (MWTI) akan menganjurkan projek ‘Ibadah Qurban’.


Pada tahun ini ia akan menganjurkan lagi khidmat ibadah korban di tiga negara iaitu Indonesia, Kemboja dan Australia.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, ibadah korban di Indonesia akan diadakan di Banten, Indonesia dan Phnom Penh, Kemboja. Bagi mereka yang ingin mendapatkan daging korban yang dibawa pulang ke Singapura, ibadah korbannya akan dijalankan di Australia.

Ketika diwawancara, mudirah Madrasah Wak Tanjong Al Islamiah, Ustazah Masnia Nassim, menerangkan:

“Alhamdulillah, pihak Madrasah Wak Tanjong amat bersyukur dengan segala sokongan dan juga tempahan yang dibuat oleh masyarakat Islam selama kami menjalankan khidmat ibadah korban ini. Kami juga menjangkakan saingan yang lebih hebat daripada pelbagai pihak seperti masjid dan pertubuhan-pertubuhan Islam yang lain yang juga menganjurkan khidmat serupa.

“Kami menganggap persaingan ini amat sihat dan secara tidak langsung akan meningkatkan lagi mutu khidmat yang diberikan dan dalam waktu yang sama meningkatkan syiar Islam di Singapura setelah kita mengalami tahun-tahun sukar sewaktu Covid-19 melanda beberapa tahun lalu.”

Apabila ditanya apakah perbezaan khidmat ibadah korban pada tahun ini berbanding tahun-tahun sebelumnya, beliau menjawab:

“Pada tahun ini, Madrasah Wak Tanjong sedang berusaha mencari dana bagi Projek Nur Ala Nur 2.0. Projek ini terdiri daripada tiga fasa utama.

“Fasa pertama melibatkan penambahan dua bilik darjah baru dan pembinaan dua tandas di tingkat lima yang kini hampir selesai. Fasa kedua pula ialah projek pembinaan lif tambahan untuk ke tingkat lima, dan yang terakhir, fasa ketiga adalah pembinaan bangunan tambahan dan ruang sukan untuk pelajar.

“Kami yakin melalui projek khidmat ibadah korban ini, masyarakat dapat menjalankan ibadah yang sangat digalakkan bagi mereka yang mempunyai kelebihan, selain menyokong kami untuk menambah dana bagi program peningkatan madrasah ini.”

Tambah beliau: “Saya ingin menyeru kepada masyarakat Islam agar sama-sama memberi sokongan padu kepada projek ibadah korban ini dan agar segala niat ikhlas anda melaksanakannya pada tahun ini diterima Allah.

“Kami juga berharap anda akan terus berwakaf dan berinfaq untuk membantu madrasah dalam menjayakan projek Nur Ala Nur 2.0 demi meningkatkan perkhidmatan madrasah sebagai sebuah institusi pendidikan yang menawarkan pendidikan duniawi dan ukhrawi pada anak-anak Islam kita.

“Semoga segala amalan soleh anda diterima Allah swt dan anda diikurniakan kesihatan dan keberkahan dalam hidup.”


Tunai ibadah korban, wakaf dan infak bersama Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah:


1. Sumbangan melalui PayNow - UEN S55MM0002D

2. Datang ke pejabat Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah di 589, Sims Avenue. Singapura 387600. Hubungi talian pejabat di 6741-0131 antara 9 pagi dan 2.30 petang.

3. Tempahan melalui online di laman https://shop.mwti.edu.sg/qurban-2023/

4. Imbas kod QR untuk tempahan yang disediakan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >