Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Projek Wolbachia diperluas ke 5 kawasan untuk kurangkan populasi Aedes, kekang denggi

Feb 20, 2024 | 07:27 PM



Projek Wolbachia, sebuah program untuk mengawal populasi nyamuk Aedes dengan melepaskan nyamuk jantan yang dibiak di makmal, diperluas ke lima lagi kawasan perumahan minggu ini.

Peluasan projek tersebut merangkumi 480,000 isi rumah, atau 35 peratus daripada semua isi rumah di sini menjelang suku pertama 2024.

Lima kawasan tersebut ialah Bukit Merah-Telok Blangah, Clementi-West Coast, Commonwealth, Holland dan Marine Parade-Mountbatten.

Ini merupakan peningkatan daripada 350,000 atau 26 peratus isi rumah pada 2023. Peluasan projek bagi mengekang penyakit denggi itu pertama kali diumumkan pada November 2023.

Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) menyatakan, lokasi tersebut dipilih berdasarkan sejarah risiko denggi dan populasi nyamuk Aedes, lapor akhbar The Straits Times (ST).


Ini adalah tambahan kepada 13 kawasan lain tempat nyamuk yang dibiak di makmal dilepaskan di bawah inisiatif tersebut, termasuk Yishun, Marine Parade dan Yew Tee.

Di bawah projek itu, nyamuk jantan yang dibiak di makmal dan membawa bakteria Wolbachia, dilepaskan di kawasan berisiko tinggi untuk mengurangkan populasi nyamuk.

Apabila nyamuk jantan yang dijangkiti Wolbachia mengawan dengan nyamuk betina, telur yang terhasil tidak akan menetas.

Peluasan projek tersebut dibuat berikutan kes denggi mingguan yang kekal tinggi, dengan 515 kes dilaporkan pada minggu yang berakhir pada 10 Februari.

Lebih 2,600 kes denggi dilaporkan sehingga kini pada 2024, menurut NEA pada 15 Februari.

Bilangan habitat pembiakan nyamuk Aedes yang ditemui di premis perumahan meningkat seganda kepada 2,025 pada Januari 2024, daripada 1,016 kes pada Januari 2023.

Agensi itu menyatakan, populasi nyamuk Aedes aegypti telah berkurang lebih 90 peratus di kawasan seperti Bukit Batok dan Tampines, tempat inisiatif itu pertama kali dilancarkan pada 2016.


Menurut NEA, datanya dari 2019 hingga 2022 menunjukkan penduduk yang tinggal dekat tempat nyamuk yang dijangkiti Wolbachia dilepaskan buat tempoh minimum setahun adalah sekitar 77 peratus kurang berisiko menghidap denggi.

Selain itu, data awal daripada lapan tapak kajian seperti Kolam Air Bedok dan Woodlands yang dilancarkan pada 2022 juga menunjukkan populasi nyamuk Aedes aegypti di kawasan itu berkurang lebih 80 peratus.


“Dengan peluasan ini, sebanyak 11 juta nyamuk Wolbachia-Aedes jantan dihasilkan setiap minggu, meningkat daripada 7 juta pada 2023,” menurut NEA dalam satu kenyataan.

Projek tersebut diperluas dengan kerjasama Debug, sebuah projek Verily, anak syarikat kepada syarikat induk Google, Alphabet, yang menyediakan teknologi untuk mengautomasi proses mengasingkan jantina dan melepaskan nyamuk Wolbachia-Aedes jantan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >