Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

MASJID ALKAFF KAMPONG MELAYU

Relawan Bangladesh tabur bakti sepanjang Ramadan

Masjid anjur jamuan hargai sumbangan migran, terus jalin pertalian anjur pelbagai kegiatan
May 26, 2023 | 05:30 AM



RELAWAN masjid, khususnya golongan pekerja migran dari Bangladesh, telah berhempas pulas membantu menjayakan program Ramadan di Masjid Alkaff Kampung Melayu (MAKM) khususnya pada 2023 ini.

Lantaran itu, usaha sukarelawan Bangladesh tersebut yang terdiri daripada hampir 75 peratus pekerja migran warga Bangladesh telah diberi pengiktirafan dalam satu acara jamuan malam – penghargaan Ramadan pada 21 Mei lalu.

Acara tersebut dimeriahkan dengan persembahan selawat dan qasidah oleh sukarelawan warga Bangladesh sendiri. Menurut Pengerusi MAKM, Encik Mohamed Faizul Othman, hampir 50 peratus hingga 75 peratus pekerja migran Bangladesh telah menghulurkan tenaga dan masa di MAKM hampir setiap hari sepanjang Ramadan lalu.

“Sebelum Ramadan, pekerja migran Bangladesh sudah aktif menjadi sukarelawan MAKM, dengan mereka datang ke masjid pada setiap Ahad terakhir setiap bulan untuk tolong bersihkan masjid dan bantu baik pulih beberapa kawasan masjid yang sudah usang.

“Memandangkan tahun ini merupakan kali pertama MAKM dapat menjalankan program Ramadan tanpa sekatan sejak pandemik Covid-19, MAKM pada awalnya mengalami masalah kekurangan sukarelawan setempat.   

“Maka, kita fikir mengapa tidak mengundang pekerja migran Bangladesh agar terlibat sama dalam membantu menjalankan program Ramadan pada tahun 2023 ini.

“Undangan kami mendapat sambutan menggalakkan, dengan pekerja migran Bangladesh ini sedia menabur bakti sepanjang Ramadan termasuk pada pagi Hari Raya Aidilfitri,” kata Encik Mohamed Faizul. 

Antara tugasan sukarelawan pekerja migran Bangladesh sepanjang Ramadan adalah membantu membuat persiapan jamuan buka puasa untuk jemaah MAKM, mengangkat dan mencuci cawan, membersihkan kawasan dewan solat selepas beriftar dan menyambut jemaah Bangladesh yang lain.

Tiga pekerja asing Bangladesh, Encik Milon, Encik Mizan dan Encik Salem, yang boleh bertutur dalam bahasa Inggeris telah membantu memimpin kumpulan sukarelawan pekerja migran Bangladesh kendalian Ustaz Md Noor daripada MAKM.

Seorang lagi sukarelawan pekerja migran Bangladesh, Encik Jasim Uddin, boleh bertutur dalam bahasa Melayu. 

“Kami di MAKM, sangat menghargai pengorbanan sukarelawan pekerja migran Bangladesh yang bertungkus lumus membantu menjalankan program Ramadan. Malah, mereka selalu mengutamakan jemaah MAKM semasa iftar, memberi laluan kepada jemaah untuk makan dahulu dan membatalkan puasa mereka dengan air dan kurma sahaja. Mereka menunjukkan komitmen sebagai sukarelawan dan selalu ceria dan sedia membantu jemaah lain,” kata Encik Mohamed Faizul.

Selain meluangkan masa dan tenaga, kumpulan sukarelawan pekerja migran Bangladesh tersebut juga telah mengumpul dana sesama mereka untuk menyumbang kepada projek peningkatan MAKM. 

“Kami terharu menerima dana daripada sukarelawan pekerja migran Bangladesh kerana kami sedar bahawa mereka sendiri tergolong dalam keluarga memerlukan.

“Tetapi sumbangan itu adalah cara mereka ikhlas ingin menabur bakti kepada MAKM dan kami menerima sumbangan mereka dengan besar hati,” kata Encik Mohamed Faizul.

Sukarelawan MAKM dari Bangladesh, Encik Jasim Uddin, turut terharu dengan pihak masjid yang telah menerimas sukarelawan Bangladesh seadanya. 

Menulis di laman Facebooknya, Encik Jasim Uddin mengucapkan terima kasih pada MAKM kerana memberi mereka peluang menjadi sukarelawan sepanjang Ramadan dan menganggap mereka sebagai keluarga. 

Kini, setelah berakhirnya Ramadan, pihak masjid akan kekal menjalin pertalian bersama sukarelawan dari Bangladesh itu. 

Justeru, pihak MAKM merancang akan menganjurkan beberapa kegiatan buat mereka seperti mengadakan tazkirah dalam bahasa Inggeris dan Bangladesh, kegiatan sukan dan kegiatan yang boleh menyepadukan sukarelawan setempat bersama sukarelawan Bangladesh. 

“Harapan kami mahu menjadikan MAKM sebagai masjid mesra jemaah dan menerima setiap lapisan masyarakat, tidak kira bangsa,” tambah Encik Mohamed Faizul.

Dalam pada itu, pihak masjid kini juga sedang berusaha mengumpul dana untuk menjalankan projek peningkatan masjid, antaranya membina lif bagi memudahkan jemaah menuju ke tingkat dua dan tiga, bangunan masjid.

Ia juga merancang menyediakan binaan yang akan memberi kemudahan kepada jemaah yang datang dengan berkerusi roda atau alat bantuan mobiliti peribadi seperti membina tanjakan.

Bagi membolehkan pihak MAKM membina lif dan kemudahan tersebut selain terus memberi khidmat terbaik kepada jemaah, pihak masjid memohon sumbangan dana ikhlas daripada masyarakat Islam Singapura. 

Cara menderma bagi Dana Peningkatan Masjid Alkaff Kampung Melayu:


Pemindahan bank ke dalam akaun OCBC: 581-608668-001. Sila nyatakan “Dana Peningkatan” di bahagian “rujukan” dan e-mel dan tangkap layar transaksi anda kepada finance@alkaffkm.mosque.org.sg


Hantarkan cek  atas nama LPM ALKAFF KG MELAYU. Sila nyatakan “Dana Peningkatan”, nama, alamat dan nombor telefon anda di bahagian belakang cek dan kirimkan kepada Masjid Alkaff Kampung Melayu, 200 Bedok Reservoir Road, Singapura 479221.

PaynoNw UEN : S94MQ0017D atau Imbas Kod QR di bawah. Sila nyatakan “Dana Peningkatan” di bahagian “rujukan.”

Langsung ke pejabat masjid dari Isnin hingga Khamis: 2 petang hingga 6 petang.

Sila hubungi  talian 6242-7244 untuk mendapatkan keterangan lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >