Berita Utama
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Richard Hu, menteri kewangan S’pura paling lama berkhidmat, meninggal dunia

Sep 8, 2023 | 10:11 PM
Satu upacara persemadian privet untuk mendiang Dr Richard Hu akan diadakan di Krematorium Mandai pada Ahad. 
Satu upacara persemadian privet untuk mendiang Dr Richard Hu akan diadakan di Krematorium Mandai pada Ahad.  - Foto GIC

Mantan menteri kabinet yang juga menteri kewangan paling lama berkhidmat, Dr Richard Hu Tsu Tau, telah meninggal dunia pada usia 96 tahun pada Jumaat.

Pemergiannya itu telah didedahkan dalam satu pos Facebook oleh anggota Parti Tindakan Rakyat (PAP), Encik Lee Hong Chuang, selepas menghadiri upacara menghormati jenazah.

Mendiang Dr Hu yang menyertai politik pada 1984, memegang jawatan sebagai menteri kewangan Singapura pada 1985 hingga 2001 di samping beberapa portfolio lain seperti menteri kesihatan.

Sepanjang 17 tahun dalam politik, beliau dikaitkan dengan beberapa dasar utama seperti memantau pembaharuan semula sektor kewangan dan perbankan Singapura.

Ini termasuk menswastakan bank Post Office Savings Bank dan menjualnya kepada DBS Bank.

Pada 1993, Dr Hu memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di Parlimen bagi mengurangkan pergantungan pemerintah terhadap pencukaian secara langsung sebagai sumber pendapatan. GST kemudian dilaksanakan pada April 1994, pada kadar 3 peratus.

Satu upcara persemadian privet akan diadakan di Krematorium Mandai pada Ahad.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg