Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

FREE FOOD FOR ALL

Sajian sedia dimakan premium untuk golongan memerlukan

Sep 17, 2023 | 05:32 AM



Badan amal setempat, Free Food For All (FFFA), menyasarkan pemerkasaan masyarakat melalui pek makanan berkonsepkan sajian sedia dimakan, atau ready to eat (RTE), yang mesra harga dan kaya dengan khasiat.


Pengasas FFFA, Encik Nizar Shariff, menyifatkan RTE FFFA sebagai satu inovasi berkesan bagi menangani isu pembaziran makanan dan ketidakstabilan makanan, khususnya bagi golongan kurang bernasib baik, warga emas dan golongan gelandangan.

PRODUK SEDIA DIMAKAN (RTE) LEBIH MURAH

Sebagai usaha membantu masyarakat, FFFA memperkenal paket makanan RTE yang bernilai $3.50 sahaja yang jimat berbanding paket RTE lain.

Penyediaan RTE halal ini lebih murah, mempunyai ketahanan selama dua tahun dan dijamin kebersihannya melalui teknik pembungkusan paket retort (masak pada suhu tinggi).

Selain daripada menu masakan berat seperti nasi goreng, ayam masak merah dan lain-lain, FFFA juga sedang memperkenal menu hidangan pencuci mulut dalam bentuk RTE seperti sup cendawan, sup labu dan sup tomato.

“Apa yang lebih penting, menu ini dijangka lebih sihat kerana kami memasarkan sajian yang mengandungi khasiat sayur-sayuran dan pelbagai lagi. Hanya disebabkan seseorang itu miskin, tidak semestinya mereka tidak boleh makan hidangan premium yang berkhasiat. Oleh itu, FFFA menyediakan produk terbaik untuk meraikan golongan memerlukan,” terangnya.

CABARAN KEWANGAN

Encik Nizar Shariff turut menjelaskan mengenai pelbagai cabaran yang perlu dilalui untuk menguruskan badan kebajikan yang sudah hampir sembilan tahun ditubuhkan.

Beliau menyatakan:

“Cabaran adalah tentang kepercayaan dan kewangan. Setiap perkara yang dilakukan, pasti ada yang menyokong dan ada juga yang mengkritik. Tetapi, saya tidak berputus asa meraih kepercayaan orang ramai demi membantu masyarakat.

“Selain itu, ia juga sangat genting dalam memastikan kewangan badan amal dapat menampung hidangan percuma yang mencukupi bagi mereka yang memerlukan seperti penduduk kurang bernasib baik, warga emas yang uzur, golongan gelandangan dan pekerja migran.

“Alhamdulillah, setakat ini, saya memiliki sokongan dana yang mencukupi hasil sumbangan orang ramai.

“Tetapi, saya memahami kesukaran pihak lain untuk mengekalkan kestabilan kewangan bagi menjayakan kelangsungan sesebuah badan amal.

“Oleh itu, saya mengharapkan orang ramai terus tampil menyokong hala tuju yang saya bawakan melalui FFFA ini.”

GEMBIRAKAN BENEFISIARI WALAU DALAM KESAKITAN

Walaupun sudah tidak mampu berjalan dan bergantung pada kerusi roda, masalah kesihatan tersebut bukan penghalang kepada Encik Nizar menyumbang kepada pembangunan sosial masyarakat.

Berbekal semangat empati yang tinggi, Encik Nizar sentiasa konsisten meluaskan perjalanan FFFA, walaupun beliau sendiri sedang berjuang melawan penyakit ginjal, sakit jantung, dan kencing manis yang dihadapinya.

“Sokongan, maklum balas positif dan kata-kata yang baik daripada benefisiari memberi semangat kepada saya bahawa bantuan ini adalah usaha yang dapat menggembirakan mereka.

“Justeru, tiada apa yang dapat menghalang saya melakukan apa yang dicita-citakan kerana saya yakin ini adalah perkara yang tepat,” katanya lagi.

Di samping itu, Encik Nizar turut memuji kesungguhan tenaga kerja atau kumpulan FFFA yang memberi komitmen tinggi terhadap tugas kebajikan mereka.

Tambahnya:

“Saya sentiasa memberi motivasi kepada ahli kumpulan FFFA supaya mereka terus bersemangat menjayakan segala tugas kebajikan masing-masing.

“Sebagai ‘duta’ FFFA, mereka bekerja sangat keras untuk melahirkan impak positif dalam masyarakat.”

Akhir sekali, beliau turut berharap pelaksanaan program FFFA dapat diperluas dengan sumbangan mana-mana pihak yang sudi menderma demi manfaat golongan yang memerlukan.

BANTU DERMA


Orang ramai boleh membantu dengan menderma dalam kempen makanan percuma dengan melungsuri laman https://www.freefood.org.sg/donate

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, hubungi Encik Nizar menerusi talian 9656-7280 atau e-mel kepada nizar@freefood.org.sg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >