Tiada hujan, tiada ribut tiba-tiba, sebahagian estet perumahan Marine Parade ditenggelami air setinggi buku lali pada 4 Oktober.
Penolong setiausaha Jawatankuasa Perundingan Rakyat (CCC) Marine Parade, Encik Yusof Abdul Lateef, memberitahu The Straits Times bahawa syarikat kontraktor, Pal-Link Construction, telah terlanggar paip bawah tanah ketika melakukan kerja-kerja di kawasan tersebut.
Akibatnya paip tersebut pecah dan air membanjiri kawasan berkenaan.
Kelab Masyarakat Marine Parade, yang terletak di Blok 67, Marine Drive, adalah antara kemudahan yang terjejas akibat banjir yang berlaku itu.
Dalam satu kenyataan pada 4 Oktober, agensi air negara, PUB, berkata kerja-kerja binaan di sepanjang Still Road South telah menyebabkan satu paip air bawah tanah PUB rosak pada pagi itu, sehinggakan air melimpah ke jalan raya dan blok HDB berdekatan.
Paip yang terjejas merupakan sebuah paip air mudah alih sepanjang 300 milimeter (mm) yang disalur ke kawasan Marine Drive. Tiada impak kepada bekalan air.
PUB akan menjalankan siasatan lanjut dan mengambil langkah susulan dengan tindakan penguatkuasaan.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg