Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

MSR INTERIOR DESIGN

Sedekad tawar pakej ubah elok dengan kepuasan pelanggan

Dec 17, 2023 | 05:31 AM



Dahulu, beliau pernah ditertawakan oleh rakan-rakannya kerana hanya layak ke aliran Normal Teknikal. Kini, beliau merupakan seorang pemilik syarikat ubah elok semenjak umur 23 tahun.

Tahun ini, pemilik syarikat MSR Interior Design, Encik Muhammad Syahiran Rohajat, menyambut ulang tahun ke-10 syarikatnya. Sempena acara rumah terbuka syarikat ini Ogos lalu, beliau berkongsi rezeki bersama tiga pemenang cabutan bertuah dengan hadiah pertama pakej umrah tajaan syarikatnya.

“Semuanya bermula apabila saya mula (perkhidmatan) mengecat sebagai kerja sampingan, dari situ saya melihat peluang dalam industri. Selain mengecat, saya menyediakan penyewaan pendingin udara untuk majlis perkahwinan di kolong blok.

“Saya perlahan-lahan meninggalkan kerja sepenuh masa dan memulakan perniagaan reka bentuk dalaman saya,” cerita Encik Syahiran, 35 tahun, lulusan Nitec Lanjutan, atau Higher Nitec, Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Simei dalam Kejuruteraan Mekanikal.

Beliau pernah bekerja sepenuh masa selepas menjalani perkhidmatan negara sebagai juruteknik aeroangkasa selama setahun dan kemudian sebagai penyelaras keselamatan sebelum melangkah ke industri reka bentuk dan ubah elok.

Encik Syahiran berasal daripada keluarga kurang berkemampuan dan berazam mahu mengubah kehidupan keluarganya terutama ibu bapanya. Beliau menyaksikan ibu bapanya berkorban masa membesarkan lima anak.

Bapanya bekerja sebagai pengimpal dan ibunya melakukan dua kerja sebagai pekerja rencam untuk membantu ekonomi keluarga. Mereka sekeluarga terpaksa menempuh banyak dugaan bersama.

Demi kehidupan lebih baik dengan azam untuk berjaya, anak kedua ini memberanikan diri memulakan perniagaan walaupun pengalamannya masih baru dalam bidang ini.

“Saya belajar kejuruteraan tetapi bukan reka bentuk dalaman. Bagaimana saya mula melakukan reka bentuk dalaman, saya belajar daripada YouTube 45 episod cara membuat lakaran dan reka bentuk dalaman. Kemudian saya mula lakukan untuk pelanggan saya. Selepas itu, saya mula mengupah pereka dalaman yang bersijil,” kongsinya dan menambah pernah mengikuti program-program daripada mentor perniagaan seperti Dr Azizan Osman serta Encik Mohamed Fazluddin Mohd H.

Pada awalnya, memandangkan beliau baru dalam industri, meneroka laluan ini tidak pernah mudah kerana beliau perlu mendapatkan kepercayaan daripada pelanggan.

“Saya hanya berumur 23 tahun ketika saya menjalankan perniagaan ini. Untuk membuat pelanggan mempercayai seorang ‘budak lelaki’ ini, saya benar-benar perlu melakukan banyak usaha. Selain itu, saya menghadapi banyak penolakan kerana umur dan pengalaman saya. Mengupah orang juga tidak mudah kerana tiada rekod prestasi pengalaman saya. Tetapi, kami berjaya berkembang dan mendapat banyak akreditasi,” sumbangnya tentang pengalamannya membina syarikat.

Turut membantu apabila beliau fokus untuk menawarkan harga berpatutan dan mutu kerja yang tinggi kepada pelanggannya.

Encik Syahiran, yang sudah berumah tangga dan mempunyai seorang anak perempuan, sentiasa mengutamakan ketelusan dalam pakejnya dan memastikan tiada kos tersembunyi dan itulah yang menjadikan MSR Interior Design berbeza daripada yang lain kerana syarikat ini memastikan pelanggan “menyedari akan kerja-kerja yang mereka bayar”.

UBAH SUAI LEBIH 1,000 RUMAH DALAM MASA 10 TAHUN


Syarikat ini telah berkembang dengan pesat dari segi tenaga kerja serta peningkatan perniagaannya. Baru-baru ini, Encik Syahiran dan pasukannya telah meluaskan perniagaan ke negara jiran dan akan menawarkan perkhidmatan kepada komuniti di Malaysia pula.

Encik Syahiran juga merupakan Penolong Setiausaha Kehormat di Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (SMCCI), Lembaga Pengarah di Mendaki serta ahli majlis di Persatuan Derma Amanah Muslimin (MTFA).

Moto “lebih banyak anda memberi, lebih banyak anda dapat” juga merupakan sebahagian daripada visi MSR Interior Design.

Menurutnya, “Kami percaya dalam memberi kembali kepada masyarakat terutamanya anak-anak yatim dan kurang bernasib baik.”

Antara acara amal yang syarikat ini terlibat termasuklah Pandu Amal Ramadan, sumbangan kepada Darul Ihsan, Mengecat untuk Kebajikan bagi penduduk Eunos Crescent, dan menaja ubah elok untuk penghuni rumah jagaan Darul Takrim.

Pemenang hadiah pertama dalam Majlis Rumah Terbuka MSR Interior Design pada Ogos lalu – iaitu tajaan pakej umrah – merupakan pasangan suami isteri, Encik Mohammad Zamir Ali dan Cik Siti Naquiah Abdul Razak. Mereka menghadiri rumah terbuka tersebut setelah mengikuti media sosial syarikat ini dan tertarik dengan reka bentuk dan hasil kerjanya.

Menurut Cik Naquiah, mereka suka dengan “layanan yang ‘tip top’ daripada kakitangan MSR kerana segala soalan yang kami tujukan semuanya dapat dijawab”.

“Kami daftar pakej Bina Ikut Tempahan (BTO) yang MSR ada. Harga sesuai bajet kami,” kata Cik Naquiah untuk rumah pertama mereka di Rivervale Shores, di kawasan Sengkang.

Beliau dan suami, kedua-duanya berumur 33 tahun, dan bekerja sebagai Jururawat Kakitangan Kanan, “amat berpuas hati” dengan hasil ubah elok yang kini dalam fasa pemeriksaan akhir kerana ia seperti yang mereka bayangkan.

Pada Disember, ada lagi pelbagai hadiah lebih menarik boleh dimenangi sewaktu Rumah Terbuka MSR pada 23 hingga 25 Disember selain diskaun 10 peratus pakej istimewa MSR. Hadiah-hadiah lain termasuk dua tiket ke Dubai, dua tiket ke Korea, serta dua tiket ke Thailand.

Orang ramai dialukan-alukan mengunjungi acara ini dari 10 pagi hingga 7 malam di bilik pameran MSR Interior Design di 530 Bedok North Street 3 #01-628 Singapura 460530.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >