Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

ATTAWASOL INSANIY

Sediakan lebih 3,000 kambing biri-biri dari ladang sendiri untuk ibadah korban

Jun 16, 2023 | 05:30 AM



Attawasol Insaniy, yang mempunyai pengalaman menyediakan khidmat korban selama hampir 18 tahun dan mempunyai sebuah kandang penternakan di Jawa Tengah, menyediakan lebih daripada 3,000 kambing biri-biri bagi persediaan ibadah korban pada tahun ini. 

Memandangkan kandang ini milik anak jati Singapura, pengasas bersama Attawasol Insaniy, Ustaz Dr Leyaket Ali; dan adiknya, Encik Mohamed Anuar Mohamed Omar, memberi jaminan bahawa penjagaan ternakan di ladang ini dilakukan sebaik mungkin.

Pihak Attawasol Insaniy sendiri akan menyembelih kambing biri-biri dan mengendalikan pemyempurnaan ibadah korban tersebut, kata Ustaz Dr Leyaket.

Pembahagian daging kambing korban juga akan diagihkan tanpa pembaziran dengan bahagian kulit, bulu, otak, perut dan semua bahagian lain kambing diberikan kepada penduduk kampung dan pelajar Tahfiz Al-Quran untuk dimanfaatkan.

Ustaz Dr Leyaket berkata pihaknya menawarkan harga tanpa perantaraan serendah $170 bagi setiap ekor kambing biri-biri atau $800 bagi lima ekor kambing biri-biri termasuk sijil, gambar dan majlis khataman Al-Quran dan doa selamat. Peserta yang menunaikan ibadah korban juga akan menerima sijil dan gambar sohibul korban.


Memandangkan umat Islam digalakkan berpuasa pada 9 Dzulhijjah (Hari Arafah), Attawasol Insaniy juga akan mengadakan majlis iftar Arafah yang dimeriahkan dengan bacaan takbir, khataman Al-Quran 30 juz dan doa selamat pada 9 Zulhijah bersamaan 28 Jun ini (pada Hari Arafah) di pesantren Darul Qur’an Wal Irsyad, Wanosari, Gunung Kidul, Yogyakarta, Indonesia.

Peserta juga boleh merebut peluang menjayakan majlis iftar Arafah tersebut dengan memberi sumbangan ikhlas buat iftar dan keperluan dapur.

Selain itu, peserta mempunyai pilihan untuk membayar fidyah, menaja keperluan huffaz atau menaja daging kambing untuk iftar buat majlis iftar Arafah tersebut. Mereka yang berminat boleh mendaftar dari sekarang sehingga 29 Jun bersamaan 10 Zulhijah, pada 12 tengahari.


Ustaz Dr Leyaket berkata ibadah korban adalah antara bentuk ibadah yang disebut taqarrub yang bererti ‘usaha mendekatkan diri kepada Allah swt’, kata Pengasas Attawasol Insaniy itu.


“Hakikatnya ialah ibadah yang mengundang rahmat Allah swt, melalui kasih sayang yang dijalinkan antara kita sesama manusia, terutama kepada golongan fakir miskin yang memerlukan,” jelas Ustaz Dr Leyaket.


Bagi umat Islam setempat yang ingin mendapatkan khidmat Attawasol Insaniy, mereka boleh menghubungi Attawasol Insaniy, yang menawarkan khidmat korban, akikah dan nazar. 

Anda boleh melakukan pendaftaran melalui online di www.bit.ly/attawasolqurban23 atau WhatsApp ke talian 9027-3547, 8874-8848 atau 9272-9132. Khidmat pengambilan bayaran dari rumah juga disediakan.

Kunjungi pejabat Attawasol Insaniy di 152, Still Road, Singapura 423991, dari Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 5 petang, atau layari laman Facebook, Attawasol Insaniy Singapore, untuk maklumat lanjut.

Tempahan juga boleh dilaksanakan di pusat-pusat penerima tempahan berikut:

SHUBBY SWEETS BAKERY
42, Chai Chee Street #01-68 S(461042) (Terletak di belakang Masjid Al Ansar),
Rabu hingga Ahad: 10 pagi hingga 7 malam.

GOLDMAS JEWELLERY
Tanjong Katong Complex (YOKOSO) #01-20 S(400845),
Isnin hingga Ahad: 10 pagi hingga 7 malam.


GOLDMAS JEWELLERY
103, Arab Street S(199799).
Isnin hingga Ahad: 10 pagi hingga 6 petang.

SCENTS OF HEAVEN
184, Choa Chu Kang Avenue 1 Comfort Garden S(689463).
Khamis hingga Selasa; 11.30 pagi hingga 9.30 malam




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >