Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Sewa dibayar Shanmugam, Vivian sesuai dengan nilai pasaran: Laporan SM Teo

Jun 28, 2023 | 08:07 PM



Harga sewa banglo hitam putih yang dibayar Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-undang, Encik K Shanmugam dan Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan adalah pada nilai pasaran yang saksama dan bukan di bawah nilai pasaran.

Encik Shanmugam membayar $26,500 sebulan untuk menyewa banglo di 26 Ridout Road yang mempunyai saiz tanah sebesar 23,164 meter persegi, sementara Dr Balakrishnan membayar $19,000 sebulan untuk menyewa banglo di 31 Ridout Road yang mempunyai saiz tanah sebesar 9,157.36 meter persegi.

Bahkan, proses urus niaga penyewaan kedua-dua hartanah milik negara itu juga tidak menyimpang daripada garis panduan dan pendekatan sedia ada Penguasa Tanah Singapura (SLA) dalam menyewa banglo hitam putih bagi tujuan kediaman, kata laporan yang dikeluarkan Menteri Kanan dan Menteri Penyelaras Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean.

Menurut laporan itu juga, kedua-dua menteri, pegawai perkhidmatan awam serta pengantara sektor swasta yang terlibat telah menjalankan amanah masing-masing dengan betul.

“Mereka sedar akan kewajipan mereka untuk mengisytiharkan dan mengelakkan sebarang konflik kepentingan dan telah mengambil langkah yang sewajarnya untuk mengelakkan sebarang konflik kepentingan daripada timbul,” kata laporan itu.

Ia menjelaskan bahawa tiada konflik kepentingan bagi Dr Balakrishnan dalam menyewa 31 Ridout Road kerana tugas dan tanggungjawab rasmi beliau tiada kena-mengena dengan SLA.

Bagi Encik Shanmugam pula, beliau telah mengecualikan dirinya daripada proses membuat keputusan berkaitan penyewaan 26 Ridout Road.

Ini kerana Encik Shanmugam ialah Menteri Undang-undang (MinLaw) dan MinLaw menyelia SLA. Justeru, konflik kepentingan mungkin timbul jika beliau kekal dalam proses membuat keputusan ke atas penyewaan 26 Ridout Road.

“(Encik Shanmugam) telah memaklumkan kepada DS/MinLaw (Timbalan Setiausaha/MinLaw) bahawa beliau akan menarik diri daripada sebarang perbincangan berkaitan penyewaan harta itu.

“Menteri Shanmugam juga mengarahkan (DS/MinLaw) untuk mendekati Menteri Negara Kanan di MinLaw pada masa itu, Indranee Rajah sekiranya sebarang perkara perlu dirujuk kepadanya,” jelas laporan itu.

Encik Shanmugam juga telah memaklumkan kepada Encik Teo bahawa jika sebarang perkara perlu melangkaui Cik Indranee, maka Encik Teo lah orang yang patut dirujuk.

Namun, tiada sebarang perkara yang dibangkitkan SLA kepada MinLaw sepanjang proses urus niaga tersebut.

Laporan Encik Teo turut menjelaskan bagaimana SLA menguruskan hartanah negara termasuk banglo hitam putih.

Terdapat dua cara SLA menguruskan hartanah negara - pertama, melalui ejen pengurusan (MA) pihak ketiga yang profesional seperti Cushman & Wakefield dan Knight Frank; dan kedua, melalui pengurusan langsung oleh SLA.

Sebanyak 87 peratus banglo hitam putih diuruskan melalui MA.

Kedua-dua urus niaga sewa bagi 26 dan 31 Ridout Road ditangani MA.

Laporan itu juga mengatakan bahawa kedua-dua Encik Shanmugam dan Dr Balakrishnan tidak meraih manfaat daripada sebarang maklumat istimewa.

Bahkan, orang awam telah dimaklumkan tentang ketersediaan banglo di 26 dan 31 Ridout Road untuk disewa kerana terdapat papan tanda iklan yang dipamerkan dengan jelas di pintu pagar kedua-dua hartanah itu.

Tambahan pada itu, 31 Ridout Road juga telah disenaraikan di laman web Maklumat Hartanah Negara Dalam Talian (SPIO).

Semakan yang dijalankan Encik Teo juga melihat sama ada SLA telah menjalankan kerja-kerja ke atas hartanah di 26 dan 31 Ridout Road melebihi apa yang biasanya dilakukan penguasa itu sebagai tuan tanah, demi manfaat kedua-dua Menteri.

SLA telah menjalankan kerja-kerja pembaikan penting ke atas 26 Ridout Road, yang menelan belanja $515,400.

Ini termasuk bagi memperbaiki antara lain, bumbung banglo yang berada dalam keadaan teruk serta tiang rumah yang sudah rapuh.

Bagi 31 Ridout Road pula, SLA membelanjakan $570,500 bagi kerja-kerja pembaikan penting.

“Setelah meneliti dasar dan amalan dalam pengurusan hartanah kediaman SLA, semakan ini menyimpulkan bahawa kerja yang dilakukan ke atas hartanah di 26 dan 31 Ridout Road adalah selaras dengan amalan am SLA.

“Sebagai tuan tanah, adalah menjadi tanggungjawab SLA untuk memastikan hartanah yang disewakan berada dalam keadaan yang cukup baik supaya penyewa dapat menetap di hartanah itu dengan selamat,” kata laporan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >