Berita Utama
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

TAA jaya kumpul $1.3 juta, perkenal Dana Darurat TAA

May 22, 2020 | 12:40 PM
Pengerusi lembaga pengamanah TAA Encik Zulkifli Mohamed semasa ucapannya di acara jamuan makan malam TAA sempena ulang tahunnya yang ke-30 di Hotel Orchard. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA
Pengerusi lembaga pengamanah TAA Encik Zulkifli Mohamed semasa ucapannya di acara jamuan makan malam TAA sempena ulang tahunnya yang ke-30 di Hotel Orchard. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA - - Foto: FAIL

DANA Amanah Tabung Amal Aidilfitri (TAA) telah berjaya mengumpulkan $1.3 juta daripada derma orang ramai.

Dalam kenyataannya hari ini, pihak TAA berkata "jumlah yang dicapai itu adalah diluar dugaan. Kami amat berterima kasih."

Secara tradisinya, derma yang dikumpulkan dalam tahun semasa menerusi Kempen Ramadan dan Kempen Sinaran Hati akan diagihkan sebagai bantuan kewangan untuk Ramadan tahun berikutnya.

Tahun ini, para pemohon menghadapi kesukaran yang tidak dijangkakan kerana penularan virus Covid-19.

Hasil sokongan padu yang diterima untuk Kempen Ramadan kali ini, TAA merancang untuk mengagihkan sebahagian derma yang terkumpul menerusi Pengagihan Kedua tahun ini, yang disebut sebagai Dana Darurat TAA.

Penerima Pengagihan Kedua di bawah Dana Darurat TAA merangkumi 3,280 penerima yang menerima Dana Aidilfitri TAA semasa Ramadan tahun ini.

Bagaimanapun, Pengagihan Kedua belum dimuktamadkan, tetapi ia akan dilangsungkan pada Julai ini menjelang Hari Raya Aidiladha.

TAA mengagihkan $1,148,350 kepada penerima yang diluluskan pada 16 Mei lalu, kuantum tertinggi TAA sepanjang 10 tahun lalu.

Jumlah derma yang dijangka diperlukan untuk Pengagihan Derma Aidilfitri tahun depan ialah $1.2 million.

Ini juga ditimbang mengikut kemungkinan pertambahan permohonan tahun depan, melihat kepada peningkatan sejak tiga tahun lalu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg