Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

BERITA

Tarif elektrik, gas naik pada suku ke-4

SP Group: Tarif elektrik akan naik secara purata 3.7% sebelum GST 
Sep 29, 2023 | 04:30 PM



Harga gas dan elektrik akan naik untuk tiga bulan akan datang berikutan kos bahan api dan elektrik yang lebih tinggi.

Tarif elektrik akan naik secara purata sebanyak 3.7 peratus atau 0.98 sen setiap kilowatt sejam (kWh), sebelum cukai barangan dan perkhidmatan (GST) berbanding suku semasa, kata SP Group pada Jumaat.

Bagi isi rumah, antara 1 Oktober dengan 31 Disember, tarif elektrik akan naik dari 27.74 sen setiap kWh pada suku semasa kepada 28.8 sen setiap kWh, tidak termasuk GST.

Termasuk GST, kadar suku adalah 31 sen setiap kWh.

Purata bil elektrik bulanan untuk keluarga yang tinggal di flat empat bilik Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan meningkat sebanyak $3.57 sebelum GST, kata SP Group.

Ini disebabkan kos tenaga lebih tinggi berbanding suku sebelumnya, menurut kumpulan itu.

Tarif elektrik dikira daripada empat komponen, termasuk kos tenaga yang mencerminkan kos gas semula jadi yang diimport dan kos operasi stesen jana kuasa.

SP Group kata ia menyemak tarif elektrik setiap suku, berdasarkan garis panduan yang ditubuhkan Penguasa Pasaran Tenaga (EMA).

Sementara itu, tarif gas untuk isi rumah akan naik 51 sen setiap kWh sebelum GST, kata City Energy, pengeluar dan peruncit gas berpaip.

Tidak terkecuali GST, kadar akan naik dari 21.91 sen setia kWh kepada 22.42 sen setia kWh bagi tempoh dari 1 Oktober hingga 31 Disember.

Dengan GST, kadarnya sebanyak 24.21 sen setiap kWh.

Ini disebabkan peningkatan pada kos bahan api berbanding suku sebelumnya, kata City Energy.

Tarif gas yang disemak telah diluluskan oleh EMA yang juga mengawal industri gas.

Kenaikan ini berikutan harga air naik yang diumumkan pada Rabu, yang akan melihat harga air di Singapura naik sebanyak 50 sen setiap meter kubik menjelang April 2025 dan ditengah-tengah peningkatan kos sara hidup, peningkatan GST tahun ini dan peningkatan tambang pengangkutan yang sudah dirancang.

Pada Khamis, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, mengumumkan Pakej Sokongan Kos Sara Hidup – tambahan pada langkah-langkah yang telah diumumkan pada Belanjawan 2023 – untuk memberi bantuan lanjut buat semua isi rumah warga Singapura, dengan lebih sokongan untuk keluarga berpendapatan rendah hingga pertengahan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >