Berita Utama
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ucapan sulung Rapat Hari Kebangsaan PM Wong pada 18 Ogos

Jul 10, 2024 | 4:52 PM
Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, akan menyampaikan ucapan di Rapat Hari Kebangsaan (NDR) pertamanya pada 18 Ogos.
Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, akan menyampaikan ucapan di Rapat Hari Kebangsaan (NDR) pertamanya pada 18 Ogos. - Foto PMO

Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong akan menyampaikan ucapan di Rapat Hari Kebangsaan (NDR) pertamanya pada 18 Ogos.

Beliau akan berucap di perhimpunan tahunan itu di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Central di Ang Mo Kio, kata Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan pada 10 Julai.

PM Wong mengangkat sumpah sebagai perdana menteri keempat Singapura pada 15 Mei.

Ini akan menjadi NDR pertamanya yang menyaksikan perdana menteri menyampaikan perutusan selepas Hari Kebangsaan pada 9 Ogos untuk mengumumkan potensi dasar-dasar baru atau perubahan kepada yang sedia ada.

Tema NDR 2023 ialah ‘Rumah yang Lebih Baik, Masa Depan yang Lebih Cerah’.

Pada perhimpunan 2023, Perdana Menteri ketika itu, Encik Lee Hsien Loong, mengumumkan Pakej Majulah baru bernilai $7 bilion untuk membantu warga emas muda berumur 50 tahun ke atas membuat persediaan untuk bersara.

Beliau turut memperkenalkan sistem klasifikasi baru bagi pelancaran flat Bina Ikut Tempahan (BTO) Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).

Antara langkah lain termasuk sokongan untuk pekerja yang diberhentikan dan prasarana yang dinaik taraf bagi flat-flat HDB untuk warga emas.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg