Berita Utama
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Abdul Somad tidak dibenarkan masuk ke Singapura kerana 'ajaran ekstremis dan pengasingan': MHA

May 18, 2022 | 12:07 AM
d9a6eaac-e9b8-43f5-bc7a-75087c71251d
- Instagram Ustaz Abdul Somad

KEMENTERIAN Ehwal Dalam Negeri (MHA) telah mengesahkan bahawa pendakwah Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara tidak dibenarkan masuk ke Singapura dan dihantar balik ke Batam pada hari sama (16 Mei) 2022, menurut Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA).

Ini kerana beliau mengajar ajaran 'ekstremis dan pengasingan'.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan sebagai respons kepada pertanyaan media, MHA berkata, setibanya di Terminal Feri Tanah Merah Singapura dari Batam, Indonesia, Ustaz Abdul Somad telah ditemubual.

Berikutan temu bual itu, beliau bersama enam teman perjalanan lain tidak dibenarkan masuk ke Singapura dan dihantar pulang ke Batam dalam sebuah feri pada hari yang sama.

"Somad telah diketahui menyebarkan ajaran ekstremis dan pengasingan, yang tidak boleh diterima dalam masyarakat berbilang kaum dan agama Singapura.

"Sebagai contoh, Somad telah berdakwah bahawa pengeboman nekad adalah sah dalam konteks konflik Israel-Palestin, dan dianggap sebagai operasi "syahid". "Beliau juga telah membuat komen yang memburukkan ahli masyarakat agama lain, seperti Kristian, dengan menggambarkan salib Kristian sebagai tempat kediaman "jin kafir (roh/syaitan)", menurut kenyataan MHA itu. Kementerian tersebut menambah bahawa kemasukan pelawat ke Singapura "bukan automatik mahupun hak" dan setiap kes dinilai berdasarkan haknya tersendiri.

"Walaupun Somad cuba memasuki Singapura bagi lawatan sosial, pemerintah Singapura memandang serius mana-mana orang yang menyokong keganasan dan/atau menyokong ajaran ekstremis dan pengasingan.

"Somad dan rakan seperjalanannya ditolak masuk ke Singapura," jelas MHA.

Awal sebelum itu, pendakwah tersebut menyatakan dalam akaun media sosialnya bahawa beliau telah dihantar pulang oleh Imigresen Singapura ketika pergi bercuti bersama keluarga dan rakan-rakannya pada Isnin (16 Mei).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg