Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Wanita dijel 27 bulan, tipu bekas kakitangan WDA

Aug 19, 2023 | 05:42 PM



Seorang wanita dijatuhi hukuman penjara 27 bulan pada Jumaat kerana menipu kakitangan di agensi yang sebelum ini dikenali sebagai Pembangunan Tenaga Kerja (WDA) berkaitan skim pembiayaan.

Liu Mei Ying, yang merupakan pengarah tunggal dan pemegang saham dua penyedia latihan – Derma Floral Beauty Academy dan Derma Floral Beauty – pada 3 Julai didakwa dengan 27 pertuduhan berkaitan penipuan selepas perbicaraan, kata polis pada Sabtu.

Dia juga merupakan pemilik tunggal Beaux Ex Bellus Trading. Syarikat-syarikat tersebut secara kolektif dikenali sebagai Derma Floral Group.

Liu telah membuat rayuan terhadap sabitan dan hukuman itu.

Di bawah skim pembiayaan WDA, syarikat dan perniagaan berdaftar boleh memohon dalam talian untuk geran latihan bagi membiayai penyertaan pekerja mereka dalam kursus yang dikendalikan oleh penyedia latihan yang diluluskan.

Skim itu bertujuan menggalakkan majikan supaya meningkatkan kemahiran pekerja mereka dengan membantu membiayai kos latihan.

Antara Disember 2011 dengan Julai 2013, Liu menghasut pekerjanya, Lau Pin Lin, untuk menjalankan beberapa siri penipuan berhubung skim itu.

Ia termasuk menipu WDA untuk mengeluarkan $62,983.77 dalam bentuk geran latihan kepada Derma Floral Group dan dua syarikat yang menghantar pekerja mereka untuk latihan di syarikat Liu.

Maklumat palsu tentang pelatih dari syarikat Liu telah diserahkan kepada WDA dalam talian.

Liu menghasut Lau untuk menyembunyikan penipuan dengan menyiapkan dokumen palsu dan menyerahkan beberapa dokumen itu kepada WDA semasa mengaudit geran latihan yang disalurkan kepada Derma Floral Group.

Lau didakwa pada 23 Ogos 2019, selepas mengaku bersalah dalam siri penipuan itu.

Pada 13 September 2019, dia dijatuhi hukuman penjara 12 minggu.

WDA telah disusun semula pada 2016 menjadi sebuah lembaga berkanun baharu yang dipanggil Workforce Singapore untuk memberi tumpuan kepada pekerjaan dan memastikan perusahaan kekal berdaya saing meskipun dengan kurang tenaga kerja.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >