Berita Utama
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Wanita dijel 8 bulan palsukan sijil ijazah, tipu firma

Dec 6, 2023 | 8:41 PM
IJAZAH PALSU: Fonseka Wannerichega Hema Ranjini mengaku bersalah atas dua tuduhan menipu dan satu tuduhan memalsukan sijil ijazah untuk mendapat pekerjaan.
IJAZAH PALSU: Fonseka Wannerichega Hema Ranjini mengaku bersalah atas dua tuduhan menipu dan satu tuduhan memalsukan sijil ijazah untuk mendapat pekerjaan. - Foto ST

Seorang pelajar yang berhenti menuntut di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dan memalsukan sijil ijazah sarjana muda dalam kejuruteraan daripada institusi itu, serta menipu beberapa firma untuk mengambilnya bekerja, dikenakan hukuman penjara lapan bulan pada 6 Disember.

Menurut The Straits Times (ST), dengan menggunakan sijil palsu itu, Fonseka Wannerichega Hema Ranjini telah diambil bekerja oleh syarikat seperti The Walt Disney Company, Marshall Cavendish dan Scholastic Education International dan meraih pendapatan antara $4,200 dengan $6,800 sebulan.

Pada 23 November, warga Singapura berusia 44 tahun itu mengaku bersalah atas dua tuduhan menipu dan satu tuduhan melakukan pemalsuan.

Dua tuduhan lain diambil dalam pertimbangan ketika hukuman dijatuhkan.

Sebelum menjatuhkan hukuman pada 6 Disember, Hakim Daerah Terence Tay menyatakan kesalahannya telah menghalang lebih ramai orang yang layak daripada mendapat pekerjaan yang diperolehinya.

Fonseka, yang mempunyai kelayakan pendidikan tertinggi peringkat GCE ‘A’, mendaftar di NTU untuk mengikuti pengajian kejuruteraan pada 1998.

Namun, dia berhenti belajar di NTU pada Ogos 2004 kerana berasa sukar untuk lulus pelbagai modul dan membayar yuran pengajian.

Pada 2005, dia menggunakan satu program komputer untuk mereka satu sijil yang menunjukkan dia adalah graduan NTU pada Jun 2004 yang meraih ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan dengan kepujian kelas ketiga.

Dia kemudian menggunakan dokumen palsu itu untuk memohon pelbagai pekerjaan.

Pada Ogos 2005, syarikat penerbit Marshall Cavendish mengambilnya bekerja sebagai penolong editor pengurusan dengan gaji $4,200 sebulan.

Pada Julai 2015, Fonseka menyertai syarikat penerbit Scholastic Education International sebagai penolong editor pengurusan dan meraih gaji $4,300 sebulan.

Dia dinaikkan pangkat kepada editor pengurusan setahun kemudian dan menerima gaji $4,600 sebulan.

Scholastic membayarnya sejumlah $83,800 sepanjang tempoh pekerjaannya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg