Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Wanita salah guna skim sokongan Covid-19, tipu MSF $3,800

Feb 20, 2024 | 06:19 PM



Seorang wanita berulang kali menyalahgunakan skim sokongan kewangan yang disediakan pemerintah untuk menangani kesan Covid-19 dan menipu Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) sebanyak $3,800.

Menurut The Straits Times, Nurkaziemah Karim, 32 tahun, mengaku bersalah pada 19 Februari atas dua pertuduhan menipu, membabitkan $2,600 dan satu pertuduhan pemalsuan.


Lima pertuduhan lain, termasuk dua pertuduhan menipu yang dikaitkan dengan baki $1,200, akan dipertimbangkan semasa menjatuhkan hukuman. Dia telah mengembalikan wang tersebut sepenuhnya kepada MSF.

Nurkaziemah telah menyalahgunakan dua inisiatif – Dana Bantuan Kewangan Sementara (TRF) dan Geran Pemulihan Covid-19 (CRG).

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Kathy Chu berkata pemohon TRF yang layak menerima bayaran sekali sahaja sebanyak $500. Ini diberikan kepada mereka yang, antara lain, telah diberhentikan kerja atau hilang sekurang-kurangnya 30 peratus pendapatan akibat Covid-19, selepas 23 Januari 2020.

Secara berasingan, pemohon CRG yang diberhentikan kerja atau ditamatkan kontrak bukan secara sukarela layak menerima tiga bayaran bulanan sehingga $700 setiap satu.

DPP Chu berkata suami Nurkaziemah mula bekerja sebagai teknisyen bergerak di firma perkhidmatan hartanah pada Oktober 2019. Beliau meletak jawatan daripada SB Property Services pada April 2020 dan kemudian bekerja sebagai penunggang penghantaran sehingga Februari 2021.

Pada atau sekitar 10 April 2020, Nurkaziemah telah mengemukakan permohonan TRF untuknya, dengan berbohong kepada MSF kononnya suaminya telah kehilangan pekerjaan kerana Covid-19.

MSF memberinya $500 pada 13 April 2020.

Nurkaziemah mula bekerja sebagai eksekutif sumber manusia (HR) di syarikat pengurusan francais Deelish Brands pada 28 Disember 2020 tetapi meletakkan jawatan pada 31 Mac 2021.

Mahkamah diberitahu Nurkaziemah telah secara sukarela meletak jawatan daripada Deelish Brands dan pekerjaannya tidak terjejas oleh Covid-19.

Pada atau sekitar 11 April 2021, dia memalsukan surat pelepasan bertarikh 31 Mac 2021, yang menyatakan Deelish Brands kononnya telah menamatkan pekerjaannya kerana “penyusunan semula”.

Nurkaziemah mengemukakan permohonan bagi mendapatkan CRG dan menyertakan surat palsu itu di dalamnya. Akibatnya, MSF memberi sejumlah $2,100 kepadanya melalui tiga pembayaran sebanyak $700 setiap satu pada April dan Mei 2021.

Pada 12 Julai 2021, Nurkaziemah mula bekerja sebagai eksekutif HR di Sin Chew Woodpaq. Dia meletakkan jawatan pada bulan berikutnya.

Dia menggunakan kaedah penipuan yang sama untuk mendapatkan CRG.

Kesalahannya terbongkar apabila pengurus HR menerima panggilan daripada MSF dan mendapati Nurkaziemah telah memalsukan surat tamat perkhidmatan.

Nurkaziemah akan dijatuhi hukuman pada 28 Februari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >