PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan purata satu daripada 10 jemaah tabligh yang menghadiri perhimpunan di Masjid Seri Petaling dekat Kuala Lumpur pada akhir bulan lalu disahkan positif Covid-19.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia berdasarkan sampel kira-kira 6,700 jemaah tabligh yang sudah diperiksa setakat ini, dengan 743 kes didapati positif.