Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

1 dalam 10 kanak-kanak di M'sia didera secara seksual, seringkali oleh mereka yang dipercayai

Nov 29, 2019 | 12:19 PM



KUALA LUMPUR: Satu dalam 10 kanak-kanak di Malaysia telah didera secara seksual, menurut kajian masyarakat yang dilakukan.

Dalam 95 peratus kes tersebut, pelakunya merupakan seseorang yang dikenali kanak-kanak itu. Seringkali, pelaku tersebut ialah bapa atau bapa tirinya.

"Di Malaysia, pendera utama ialah bapa. Pendera kedua ialah bapa dan pendera ketiga juga bapa," kata Datuk Dr Amar Singh, konsultan pediatrik yang telah bekerja dengan kanak-kanak yang menderita penderaan seksual selama lebih tiga dekad.

Memetik tiga kajian masyarakat tempatan (Amar, 1996; Kamaruddin, 2000; dan Choo, 2011) berkenaan kejadian penderaan seksual kanak-kanak di Malaysia, Dr Amar berkata penderaan seksual melibatkan antara 8 peratus dengan 26 peratus kanak-kanak.

Purata yang diterima ialah 10 peratus.

Namun, statistik polis dan jumlah kes yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan adalah kurang dari itu.

Pada 2017, dari 1,582 kes yang dilaporkan kepada polis, hampir 80 peratus melibatkan mangsa - kesemuanya wanita dan perempuan - di bawah 18 tahun.

Sejumlah 1,290 kes mencabul kehormatan melibatkan kanak-kanak bawah usia 18 tahun dilaporkan. Sekitar 3 peratus dari kes tersebut melibatkan kanak-kanak lelaki.

Sebanyak 269 kes sumbang mahram dilaporkan, 66 peratus daripadanya melibatkan kanak-kanak di bawah umur 15 tahun.

"Penderaan seksual jauh lebih teruk (dari rogol) kerana seringkali ia berlaku dalam rumah kanak-kanak itu sendiri, oleh orang yang mereka sayang dan orang yang mengatakan mereka sayang kanak-kanak itu," ujar Dr Amar.

Di bawah Seksyen 31 Akta Kanak-kanak Malaysia, penderaan seksual yang dilakukan terhadap kanak-kanak serta menyebabkan atau membenarkan kanak-kanak didera adalah suatu kesalahan.

Pesalah boleh dikenakan hukuman penjara 20 tahun maksimum atau didenda sehingga RM50,000 ($16,300) atau kedua-duanya. - THE STAR/ASIA NEWS NETWORK




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >