Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

10 bekas pegawai narkotik Batam dijel kerana jual dadah

Jun 9, 2025 | 12:17 PM
Fail foto menunjukkan pegawai polis mengawal dadah jenis methamphetamine dalam sidang media di Jakarta pada 28 April 2021.
Fail foto menunjukkan pegawai polis mengawal dadah jenis methamphetamine dalam sidang media di Jakarta pada 28 April 2021. - Foto AFP


BATAM: Mahkamah Daerah Batam telah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap 10 bekas pegawai narkotik Polis Barelang kerana menjual sejumlah besar dadah methamphetamine atau ‘Ice’.

Mahkamah mendapati bahawa kesemua defendan telah bersubahat mengedar dadah sintetik yang boleh menyebabkan ketagihan itu.

Pendakwa raya memohon hukuman mati ke atas lima defendan utama: Satria Nanda, bekas ketua unit narkotik Polis Barelang; serta orang bawahannya, Shigit Sarwo Edhi, Rahmadi, Fadhilah dan Alex Chandra.

Pendakwaan menuntut lima lain – Wan Rahmat, Ibnu Ma’ruf Rambe, Arianto, Jaka Surya dan Junaidi, dikenakan hukuman seumur hidup.

“Pengurangan daripada hukuman mati kepada penjara seumur hidup terhadap mereka mencerminkan komitmen sistem perundangan Indonesia untuk memberi mereka peluang menjalani pemulihan,” kata Hakim Douglas Napitupulu.

Mahkamah turut menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun terhadap Aziz Martua Siregar dan Zulkifli Simanjuntak atas kesalahan mengedar dadah.

Para pegawai narkotik itu disabitkan atas pertuduhan berkaitan penglibatan dalam menyeludup 44 kg methamphetamine dari Malaysia ke Batam pada Jun 2024.

Mereka didakwa menyembunyikan 9 kg dadah itu dan bersubahat dengan seorang pengedar untuk melakukan serbuan palsu kononnya untuk “merampas” baki 35 kg.

Pendakwa raya mendakwa kegiatan 10 pegawai narkotik itu terbongkar selepas mereka ditegur pihak atasan kerana gagal membanteras sebarang kes dadah besar.

Julai lalu, kira-kira sebulan selepas rampasan dadah, para pegawai terbabit telah secara menjual secara berperingkat-peringkat, 4 kilogram methamphetamine yang disembunyikan, kepada tiga pengedar, termasuk Aziz dan Zulkifli.

Mereka memperoleh kira-kira Rp 960 juta ($75,683) daripada hasil kegiatan haram itu, mengagihkan Rp 500 juta kepada pihak pembekal dan baki Rp 460 juta dibahagikan sesama mereka.

Pada Ogos, pegawai itu menjual satu kilogram dadah itu kepada Aziz, yang kemudian membawa kepada siasatan dalaman terhadap kegiatan para pegawai itu.

Pada Mei 2023, Mahkamah Daerah Jakarta Barat menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap Teddy Minahasa, bekas jeneral polis dua bintang dan ketua Polis Sumatera Barat, kerana penglibatannya dalam skim penjualan dadah. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg