Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

10 maut, lebih 15 cedera dalam kes tikaman di Canada

Sep 06, 2022 | 05:30 AM



OTTAWA: Dua lelaki dipercayai telah membunuh 10 orang dan mencederakan sekurang-kurangnya 15 yang lain dalam kejadian tikaman di wilayah Saskatchewan, Canada.



Menurut polis, dua lelaki itu bernama Damien Sanderson dan Myles Sanderson, lapor agensi berita Reuters semalam.



Kedua-dua suspek dilihat menaiki kereta jenis Nissan Rogue hitam.



Kejadian tikaman itu dilaporkan berlaku pada 8.20 pagi waktu tempatan dan polis mengeluarkan amaran orang berbahaya di seluruh wilayah negara itu.



Amaran sama turut dikeluarkan di wilayah jiran Saskatchewan, Alberta dan Manitoba, menjelang tengah hari.



Damien berusia 31 tahun manakala Myles berusia 30 tahun.



Pegawai pemerintah Saskatchewan Royal Canadian Mounted Police (RCMP), Cik Rhonda Blackmore, berkata pihak berkuasa tidak mengetahui sama ada suspek sudah menukar kenderaan atau tidak.



Serangan berlaku di beberapa lokasi, termasuk James Smith Cree Nation dan Weldon di Saskatchewan serta terdapat 13 tempat kejadian jenayah sedang disiasat polis, kata RCMP di Saskatchewan.



"Ia sangat dahsyat melihat apa yang berlaku di wilayah kita," kata Cik Blackmore ditukil akhbar The Star sambil menggesa kedua-dua individu yang disyaki itu supaya menyerah diri.



Katanya lagi, polis masih di peringkat awal siasatan, selain cuba menentukan hubungan kedua-dua suspek dan sama ada mempunyai maklumat mengenai mereka.



"Lokasi dan arah perjalanan mereka tidak diketahui. Kejadian yang berlaku di wilayah kami ini sangat mengerikan," katanya.



Akhbar The Star juga melaporkan pemimpin yang dipilih ketiga-tiga masyarakat yang membentuk James Smith Cree Nation, termasuk Chakastaypasin Band dan Peter Chapman Band, telah mengisytiharkan perintah darurat di kawasan itu kelmarin.



Polis berkata, beberapa mangsa dilihat menjadi sasaran suspek manakala yang lain diserang secara rambang.



Kemungkinan terdapat lagi mangsa yang mendapatkan rawatan dengan pergi sendiri ke pelbagai hospital, kata polis kepada pemberita pada sidang akhbar.



Jurucakap pihak berkuasa kesihatan Saskatchewan dalam satu kenyataan, berkata jabatan itu sudah memanggil kakitangan tambahan untuk membantu tindak balas terhadap situasi itu. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >