Premium
10 negara Arab ikrar perangi IS
UAE, Kuwait, Qatar, Oman, Bahrain, Iraq, Jordan, Mesir, Lebanon dan Turkey akan bersama AS
Sep 13, 2014 | 6:00 AM
GABUNG TENAGA: Encik John Kerry bersama para menteri luar negara Arab bergambar di Terminal Diraja Lapangan Terbang Raja Abdulaziz di Jeddah, kelmarin. - Foto REUTERS -
JEDDAH: Sejumlah 10 negara Arab berikrar akan menghancurkan militan IS dan bersama-sama Amerika Syarikat memeranginya.
"Kami semua telah membuat keputusan untuk mengambil pendirian mengalahkan mereka melalui kempen ketenteraan yang teratur," kata Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Encik John Kerry, pada sidang akhbar bersama dengan Menteri Luar Arab Saudi, Putera Saud Al-Faisal.

