GENEVA: Lebih 100,000 pelarian Rohingya yang menetap dalam khemah kotor dan berlumpur di Bangladesh berisiko tinggi menjadi mangsa tanah runtuh apabila musim monsun pertengahan tahun bermula, menurut laporan kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Kini ada lebih 900,000 pelarian Rohingya di wilayah Cox's Bazar di Bangladesh, selepas 688,000 melarikan diri daripada kekejaman tentera Myanmar yang memuncak lewat Ogos lalu.