Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

11 ADUN angkat sumpah sebagai EXCO Melaka

Nov 26, 2021 | 06:41 PM



MELAKA: Seramai 11 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) pada Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka hari ini.


Pada istiadat yang bermula 3.22 petang itu, Datuk Seri Ab Rauf Yusof yang sebelum ini adalah Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka mendahului senarai mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Ali Mohd Rustam di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh sebagai EXCO Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan.


Ia disusuli Datuk Muhammad Jailani Khamis (EXCO Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan), Datuk Rahmad Mariman (EXCO Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam, Infrastruktur dan Pengurusan Banjir) dan Datuk Zaidi Atan (EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar).


Turut mengangkat sumpah, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman (EXCO Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani), V P Shanmugam (EXCO Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Datuk Kalsom Nordin (EXCO Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan).



Dr Muhamad Akmal Saleh (EXCO Kesihatan dan Anti Dadah), Datuk Rais Yasin (EXCO Pendidikan dan Teknologi), dan Ngwe Hee Sem (EXCO Perpaduan Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna) turut mengangkat sumpah pada istiadat itu.



Sebelas EXCO berkenaan mengangkat sumpah bagi membentuk kerajaan negeri bagi penggal ke-15 susulan kemenangan majoriti Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 20 November lalu. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >